#salamjumaat #jomselawat #jomistiqfar #matiitubenar #kuburitubenar #nerakaitubenar Assalamualaikum wbtuh... Semoga Hari ini Kita Dilingkupi dan Dipayungi dengan Rahmat dan Redha Allah serta Dipermudahkan segala urusan Duniawi dan Ukhrawi KITA AMINNN😊😊😊 Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab. *Share Adalah Perkongsian Ilmu...*














