INGATKAH ANDA DENGAN LAGU #iboq & #manira Menyaksikan single pertama Noraniza Idris di dalam album Ikhtiraf. Sebuah lagu beritma orang asli berjudul Iboq (Kita)diharamkan siaran di stesen-stesen radio kerana dikatakan membawa unsur syirik. 3 bulan selepas itu barulah lagu tersebut dibenarkan siar. Penampilan pertama Noraniza Idris menerusi lagu ini ialah ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah Industri Muzik 2001 di mana lagu tersebut juga dicalonkan untuk kategori Lagu Terbaik. Namun sehingga kini Iboq selalu menjadi pilihan artis tari untuk membuat persembahan dan menjadi lagu 'berhantu' dalam genre Etnik & Tradisional kerana keunikkan nya. Single kedua berjudul Manira juga menimbulkan kontroversi apabila melibatkan pertelingkahan di antara Noraniza dan penerbit untuk album Iktiraf dan komposer lagu Manira sendiri, Pak Ngah ekoran lagu tersebut gagal mara ke Anugerah Juara Lagukerana disadur daripada lagu lama berjudul Memikat Janda nyanyian Fadzil Ahmad. Noraniza kecewa kerana lagu itu yang dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik layak ke peringkat akhir dan saat-saat akhir lagu tersebut dikatakan tidak layak. Menerusi album Ikhtiraf Noraniza berjaya menembusi pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2001. Noraniza dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik (Wanita) menerusi persembahan vokalnya dalam album ini, Album Pop Etnik Terbaik serta Lagu Terbaik menerusi lagu Iboq (Kita). Biarpun tewas, Noraniza ternyata telah membuktikan kemampuannya menyanyikan lagu irama etnik kontemporari dengan cemerlang. #budayakitawajahkita #kempenselamatkangenreetnikdantradisionaldalamindustrimuzikmalaysia @nipvmania @nipvsb @3juara @noranizaidris3juara @3juaratv3 @nrule19 @rosenita_rose @almustakim_ @el_ihab @fee_haiqal @azmirarifofficial_new @official_yasirmohamad @fauziahsuhaili @fitri_hiswady @zamanizhr @shahzhafiz @official_miey_muchazz @erdzma.b @eyzzam_ezamriey @ashleeyana666 @ouhhboy @zettazehanofficial @fedtriyahya @amirul_khan @daustiwi87 @cikdrosmieza @aliffh23 @wanedi @fadzleesufri @kerolmohtar @noranizaidris3juara @noraniza_idris @daliliamerda @christianpardameansitumorang @riczhareel @tv3malaysia @muzzameil