I selalu jugak ke salon untuk warnakan rambut. Merata lah salon I penah try. Jadi I fikir semua teknik dandan rambut adalah sama. Yela main topik kat sini tentang rambut je kan. Mana penah nak ambil tahu tentang asal usul teknik dandanan rambut ni. Tapi hari ini pengalaman baru bagi I bila berpeluang didandan oleh pendandan terkenal dari Jepun Mr Hiro San yang mengendalikan Salon bersama Mr Kaoru San @luckluck.malaysia bertempat di Nu Sentral @nusentral . Kelainan Salon ini adalah teknik yang diaplikasikan mereka. Segalanya adalah berkonsepkan Jepun. Bermula dari mewarna, basuhan, urutan kepala, potongan dan produk mereka juga dari Jepun ya. I berani jamin korang akan datang lagi selepas pengalaman pertama. Sumpah sangat bagus!! Tentang harga?. Jangan risau kerana ia amat berpatutan dan I berani katakan harga mereka sangat murah bagi kategori salon antarabangsa lagi lagi bertempat didalam mall. Juga tersedia package untuk warna/treatment dan harga sangattt 👌 Lihat saja hasil rambut I selepas diwarnakan, highlights dan kebaboommm!! Awesome!! Sangat berpuas hati. Kat mana nak dapat harga ni? Dengan kepakaran dan produk dari Jepun. Kalau korang datang bawa kawan lebih dari 2 orang, akan dapat lagi 10% diskaun! Ini tak sembang punya. Hah yang hijabis jangan risau, mereka ada menyediakan ruang untuk HIJAB FRIENDLY ZONE dimana lelaki TIDAK DIBENARKAN MASUK dan pedandan kamu semestinya WANITA.Tak perlu risau mereka mempunyai HALAL CERTIFICATE Color Treatment made in Japan. #haircolor #haircare #colortreatment #japanesetechnique #luckluckmalaysia @luckluck.malaysia (at Luck Luck ラックラック Hair Color Salon) https://www.instagram.com/p/B0L95gwhCNs/?igshid=gcq7irub9faj
Loading...












