Daniel Sturridge disiasat kerana dipercayai terlibat dengan pertaruhan bahawa beliau akan menyertai West Brom musim lalu.. perpindahan secara pinjaman tersebut menjadi kenyataan dan ada kemungkinan beliau memberi maklumat kepada pemenang.. kesan buruk akibat siasatan ini, sekiranya bersalah, beliau akan digantung sehingga kontrak beliau bersama Liverpool tamat.. .. Industri perjudian sangat berpengaruh di UK.. mereka buat untung besar dengan pertaruhan-pertaruhan yang dibuat.. tetapi bila ada orang menang besar dengan pertaruhan tidak masuk akal, mula lah mereka buat siasatan dengan tujuan tidak mahu bayar wang kemenangan.. dengan jumlah pemain professional yang begiti ramai, adalah hampir mustahil para pemain tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.. .. Mereka menghukum pemain yang bertaruh secara langsung atau tidak langsung tetapi membenarkan bookies menaja pasukan.. sebagai contoh, Jurgen Klopp muncul dalam iklan BetVictor (penaja Liverpool) mempromosi perjudian.. perkara ini pernah menjadi isu di UK sehingga BetVictor menarik balik iklan tersebut.. Syarikat-syarikat betting, perjudian dan bookies juga terpampang di dada jersi dan papan iklan.. sangat tidak masuk akal.. .. Ramai yang cuba memulakan kempen agar industri perjudian dan alkohol tidak diberi ruang dalam sukan bola sepak.. mereka tidak sepatutnya dibenarkan daripada menaja pasukan.. selain merosakkan masyarakat, mereka juga mempengaruhi professionalisme pemain.. BetVictor pernah menjadi sasaran peminat Liverpool apabila membuat pertaruhan samada Karius akan kekal di Liverpool atau berpindah selepas kesilapan beliau dalam Final Liga Juara-juara.. bahana menjadi penaja rasmi, tak boleh buat duit dengan pertaruhan yang melibatkan pasukan sendiri .. #beritadarianfield #liverpoolliverpoolfc #lfc #lfcmalaysia #ds15 #sturridge #ynwa #ynwamalaysia #thekop #kopite #anfieldroad https://www.instagram.com/p/BqHshPdl4kl/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=5yux8gayi181