10 KG LALU Ep54 — Tak lamalah stuck di luar. Adalah dalam 20 minit. Itulah 20 minit yang kawan aku lupa dia ada bawak balik kawan lagi sorang yang stuck kat luar dan tak boleh masuk. Aku akur apa sahaja yang berlaku, mungkin hujan ni mereka pun nak cari masa panaskan badan bersama tanpa aku dalam rumahnya. Kalau terus terang pun, bukan aku nak intai. Aku boleh duduk dapur diam2 sambil masak Maggi. 20 minit berharga aku berdiri depan pintu menanti pintu dibuka. Masa tu jugalah henfon aku tidak lebih peranannya sebagai penyendal pintu atau alat pertahanan diri dari serangan anjing liar. Kredit tak ada, buat berat jer . Selepas 20 minit aku tak naik-naik, Bean turun dan dengan wajah maksum beliau, ditanyakan aku soalan yang buat aku keliru sama ada nak tempeleng ataupun nak ketawa . "Kenapa tak naik Pol?" Kau rasa apa aku akan jawab? . Dengan senyuman aku jawab . "Pintu lock" . Dengan wajah suci menganiaya tanpa niat "Kenapa tak intercom?aku boleh bukak dari rumah...aku dah bukak banyak kali ko tak masuk-masuk. Aku turun ni aku takut ko meninggal sejuk-sejuk kat luar ni" . Aku pandang Bean dengan wajah senyum kelat dengan dalam hati gaya sinetron negara seberang dgn suara hati "Ko memang hanat Bean, aku marah lebih2 nanti kau kan tuan rumah". Lalu aku senyum sahaja dan bersangka baik . Laju aku naik apartment Bean. Capai towel terus pasang air panas dalam tub. Aku berendam. Sejuk luar tadi dah warm semula selepas berjaya mengatasi masa-masa sukar. Dalam tub aku buka balik SMS dan membacanya dengan tenang, perlahan-lahan sambil dalam kepala aku mencongak, berapa lagi duit pound aku yang tinggal dalam dompet . SMS itu agak penting namun memerlukan belanja juga. Tapi, aku rasa ini satu peluang dan satu pintu baru untuk aku jadi raja dalam hati Cik Intan yang kejam itu. Korek sana korek sini adalah lagi dalam 100 pounds kot. Ada 4 hari lagi berbaki sebelum balik Malaysia. Job selesai, misi mencari tulang rusuk yang padan masih belum tuntas . Agaknya, apa SMS tu tulis sampai aku kira duit? Jawapan yang betul akan dapat trip percutian ke New Zealand untuk 2 orang bernilai RM21,000 dari Rarecation. Ada 3 perkataan, cuba teka apa dia? . #instanovela #10kglalu (at Walthamstow, United Kingdom) https://www.instagram.com/p/B2cUtRWldj9/?igshid=xl1un7ddg84y