Tahukah anda nama Ampang Pecah di Kuala Kubu Bharu adalah kerana buaya putih yang mengamuk kerana diburu oleh penguasa British yang menguruskan Kuala Kubu Lama? Mitos mengatakan buaya tersebut mengamuk hingga pecah empangan di situ lalu bah melanda seluruh kawasan Kuala Kubu. Gambar2 ini adalah diambil di lokasi-lokasi sepanjang Jejak Warisan di Kuala Kubu Bharu. Ada 6 tapak warisan yang telah digazet dan dipulihara sepanjang Jejak Warisan ini. 1. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor (90 tahun) 2. Menara Jam Peringatan King George VI (83 tahun) 3. Ibu Pejabat Polis Trafik Hulu Selangor (106 tahun) 4. Pejabat Pos Hulu Selangor (90 tahun) 5. Rumah Kedai Jalan Dato Tabal (dulu Jalan Bowen) 6. Balai Bomba Lama Kuala Kubu Bharu (89 tahun) Dalam siri ini, saya turut sertakan sekali gambar Masjid Al-Hidayah Lama Ampang Pecah yang telah dibangunkan pada tahun 1926 dan juga lorong mural yang sedang diperindahkan oleh pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Lepas penat menyusur Jejak Warisan ini, saya cadangkan untuk anda singgah ke Kedai Makan Hailam. Boleh cuba Chicken Chop yang sangat terkenal di sini yang sudah hampir 100 Tahun umur perniagaan mereka. Semua lokasi berada dalam jarak lingkungan 5 ke 10 minit saja berjalan kaki di antara satu sama lain. Jom kita pusing Selangor dulu! @nuargtm @sayafaiz @gayatravel __ #gayatravel #HuluKeKuala #EatTravelWrite #ETW11 #PusingSelangorDulu #seetheworld #travel #travelphotography #photography #travelgram #history #photooftheday #heritage #oldtown #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #malaysia63 (at Kuala Kubu Bahru, Selangor, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CFwzSPHlzZi/?igshid=6ztxxqp5gvyh















