New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/gajet-automotif/gajet/2015/04/22/aplikasi-waze-bantu-kesan-penculikan-di-la/
Aplikasi Waze bantu kesan penculikan di LA
Aplikasi Waze bakal dikemaskini dengan fungsi terbaru iaitu isyarat penculikan khusus di Los Angeles (LA) serta maklumat lengkap mengenai penutupan jalan raya, kata Datuk Bandar, hari ini.
Menurut laporan AFP, perjanjian itu adalah sebahagian daripada perkongsian data antara LA dan syarikat teknologi Google yang diumumkan oleh Datuk Bandar Eric Garcetti.
Aplikasi ini telah pun bermula dengan memberi maklumat mengenai penutupan jalan dan akan mula diselitkan isyarat penculikan pada bulan akan datang.
“Ia akan dikemaskini dalam masa terdekat, setiap dua minit, ia akan memberi maklumat kepada pemandu yang ingin ke destinasi dalam masa yang singkat,” kata Garcetti.
Perjanjian untuk menambah maklumat mengenai isyarat langgar lari dan amaran penculikan dicapai Isnin lalu dalam satu mesyuarat antara Waze dan Ketua LAPD Charlie Beck, “kata Datuk Bandar.
Pada Januari lalu, Beck telah menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi itu mengenai bahayanya aplikasi Waze kepada polis kerana keupayaannya untuk mengesan lokasi mereka.
Ketua LAPD berkata berikutan pembunuhan dua orang pegawai polis New York baru-baru ini yang menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lokasi polis.
Waze merupakan aplikasi trafik dan navigasi yang dilengkapi dengan info trafik semasa dalam memberi maklumat kepada pengguna.