Penantian Malaysia akhirnya berakhir 🇲🇾🏆Goh Sze Fei / Nur Izzuddin bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pasangan Indonesia, Indra / Joaquin, 13-21, 21-18, 21-10 dan menjuarai Terbuka Indonesia 2026.
Kejayaan ini menamatkan penantian selama 18 tahun untuk melihat beregu lelaki Malaysia muncul juara di Jakarta, sekali gus melengkapkan minggu yang gemilang selepas kemenangan mereka ke atas pasangan nombor satu dunia di peringkat separuh akhir.














