Budaya Nightclub
Antara tempat yang aku tak berapa enjoy nowadays adalah nightclub. If the same question being asked a few years back probably aku akan cakap aku suka pergi nightclub.
Dulu aku single and like to mingle around bila pergi nightclub. Dulu pergi club kita akan have fun dengan open table. Ramai orang nak ‘lepak’ table kita. Awek-awek yang datang nightclub seboleh-bolehnya akan pakai outfit yang paling mencolok mata. Sebagai lelaki normal, confirm kau akan curi-curi pandang atas bawah. No doubt. Kepala tengah sedap, mulalah rancak berborak dengan orang sana sini.
But today aku dah ada pasangan. Air pun dah stop minum. Aku dah jadi tiada sebab untuk ke nightclub. 2-3 kali aku pergi dengan girlfriend aku. Tbh aku tak berapa enjoy this occasion. Nak usha orang sana sini pun rasa serba salah. Orang nak ajak borak dengan kau pun rasa macam malas nak layan. Yelah kepala tengah ‘kosong’. Aku cuba untuk hiburkan diri aku dengan layan lagu berjam-jam dalam tu but aku dah tak enjoy. Aku rasa bosan. Bosan yang aku rasa macam nak keluar & balik je time tu. Tapi girlfriend aku rindukan the vibe pergi nightclub so aku layankan sahajalah permintaan dia.
Setiap kali balik nightclub mesti akan bergaduh. Bergaduh tentang budaya nightclub itu sendiri. Aku tak suka bergaduh dengan girlfriend aku. Lebih-lebih lagi pasal isu macam ini. Aku rasa pergaduhan ini boleh dielakan kalau aku sendiri tak jejakkan kaki aku pergi ke nightclub. Aku rasa it’s time to stop this thing.
Alhamdulillah Allah cabut rasa seronok pergi nightclub dalam diri aku. Aku enjoy hidup tak pergi nightclub. Aku cuba untuk cari meaning of life dengan lakukan aktiviti lain bersama pasangan aku. Do outdoor activities, pergi beach walking, jalan-jalan cari makan or teman dia shopping?! Awal-awal mungkin rasa janggal, lama-lama mesti rasa seronok. Rindu boleh, kembali jangan.
FÄRIDGHADDÄR Capo at MyHouseOfSocks

















