"EMAS DINAR BARU PUBLIC GOLD CANTIK BERKILAU" Emas dinar baru Public Gold telah sampai ke 18 cawangan Public Gold untuk diserahkan kepada pemiliknya yang telah membuat belian preorder. Emas dinar baru public gold cantik berkilau seperti cermin, bagi wanita yang simpan emas dinar dalam dompet boleh buat cermin dan muka akan kelihatan cantik keemasan. Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Rassulullah Nabi. Emas dinar adalah berbentuk bulat iaitu syiling emas atau dikenali juga gold wafer. Jika jongkong emas berbentuk empat segi yang juga dikenali gold bar. Berat emas dinar iaitu syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Emas dinar diperbuat daripada emas 24 karat (999.9) serta mempunyai berat 4.25 gram untuk 1 dinar. Dulu emas dinar digunakan untuk urusan jual beli barang, kini emas dinar disimpan sebagai pelaburan dan penyimpan nilai terunggul pelindung kejatuhan nilai wang. Berat emas dinar ditetapkan seluruh dunia iaitu : 0.5 dinar emas beratnya 2.125 gram 1 dinar emas beratnya 4.25 gram 5 dinar emas beratnya 21.25 gram 10 dinar emas beratnya 42.5 gram Emas dinar dan dirham perak merupakan penyimpan nilai paling stabil dan terunggul sepanjang zaman, sehinggakan tercatat tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).” Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal #emasdinar #emasdinarbarupublicgold #mengenaiemasdinar #dinaremas #emasdinarpublicgold (EMAS Dan PERAK Public Gold) https://www.instagram.com/p/CB0agEQDg5A/?igshid=1ooxmwvufdx5y









