New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/25/ekspatriat-bantu-produktiviti-negara
Ekspatriat bantu produktiviti negara
Kerajaan perlu mengambil sikap lebih terbuka dan membuka pintu kepada ekspatriat yang berkhidmat di negara ini bagi tujuan meningkatkan produktiviti negara, demikian, pandangan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau  menjawab pertanyaan The Rakyat Post mengenai salah satu resolusi yang telah dicadangkan dalam satu persidangan meja bulat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan beberapa NGO pada Selasa, yang mana antara resolusi tersebut adalah menghentikan pengambilan ekspatriat dengan memberi penekanan terhadap penggunaan pakar dan bakat tempatan.
âKita harus bersikap terbuka. Dasar liberalisasi kerajaan inilah yang melonjakkan pencapaian negara. Jika ada kepakaran dalam negara sudah pasti kita guna kepakaran dalam negara.
âKalau ada kepakaran luar negara yang terbaik mengapa tidak? Itu kaedah Malaysia. Kita mahu yang terbaik untuk tingkatkan produktiviti dan untuk mencapai kemajuan yang lebih hebat,â ujarnya.
Resolusi yang dicapai dalam persidangan meja bulat tersebut adalah mengesa kerajaan supaya tidak memasukkan dasar liberalisasi tidak menguntungkan bumiputera dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) ke dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11).
Ia mencadangkan kerajaan menghentikan sambutan âkarpet merahâ kepada ekspatriat dan memberi penekanan terhadap pengunaan pakar dan bakat tempatan.
Mustapa berkata laporan tahunan produktiviti negara ini akan dapat memberi panduan pada industri untuk tingkatkan produktiviti untuk menjadikan malaysia negara kompetitif pada 2020.
âKeadaan kini kritikal, hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk pastikan negara mencapai taraf negara maju. Kita perlu bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam semua ranking ekonomi bagi menunjukkan peningkatan dan  mencatatkan kejayaan Malaysia dalam pelbagai sektor,â ujarnya.
Dalam RMK11, MITI akan mencadangkan lebih banyak tumpuan kepada perancangan mencipta dan peluang pekerjaan baru dalam sektor ekonomi; antaranya seperti sektor pengilangan dan perkhidmatan.