Colmar Tropicale! Ini jenis hotel yang jauh kat atas Bukit Tinggi tapi jangan risau korang mesti boleh survive. Sebabnya kat atas ni ada Starbucks, 7-Eleven, Krispy Kreme, Arcade, dan banyak lagi macam kedai Pizza, Roti, kedai Nasi Lemak Ayam best gila ala-ala Kenny Rogers Roaster. . Kenapa semua tu ada kat atas ni? Sebab hotel ni BERJAYA punya jadi tak pelik kalau semua jenama yang BERJAYA pegang kat Malaysia ni dia letak kat atas ni. . Sesiapa pun boleh datang sini samaada korang ada ambil bilik hotel atau tidak sebab kawasan hotel ni akses memang terbuka kepada semua. Masuk bilik je yang pakai kad. Tapi nak masuk kawasan ni kena bayar satu kepala RM12. Kalau ada ambil hotel, pihak hotel akan refund semula. . Keunikan Colmar Tropicale ni terletak pada environment dia yang menyerupai sebuah pekampungan di France bernama Colmar. Korang boleh pilih nak bilik street view atau mountain view. Bangunan tingkat 2 dan ke atas di area kiri dan kanan dalam gambar tu, itulah bilik-biliknya. . Ohmedia suggest kalau korang penakut boleh ambil street view la. Kalau jenis suka tengok kehijauan serta udara yang segar, ambil view yang nampak gunung serta gold club. . Rupa bilik korang tengok kat IG Stories lah ye 24 jam dari sekarang sementara masih ada. Rate bilik pula ikut jenis lah. Tak mahal mana pun kalau satu bilik dengan toilet dan ruang tamu besar gila-gila, dalam RM425 untuk 2 malam (One-Bedroom Suite King). Ni harga weekday ya. Weekend sakit sikit la boleh tengok online. . Overall, pengalaman di hotel ni sangat menarik kerana kelainan environment dia. Sangat sesuai jadi lokasi bulan madu, insta-worthy, dan business person pun ok sebab ada Starbucks dan wifi hotspot yang laju. . Boleh naik shuttle bus untuk ke Japan Village. Kat situ la yang korang selalu nampak orang Malaysia ambil gambar pakai Kimono then acah-acah konon check-in kat Jepun. Hahaha. #OhmediaHotel #ColmarTropicale (at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.) https://www.instagram.com/p/CDxqW0olqdv/?igshid=1hkipxkh39xvg