Repost from @norehan_pg @TopRankRepost #TopRankRepost @Regrann from @hijab.byhanifa - Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar hari ni? Harap-harap semua baik-baik belaka. π . Kat tempat sis hujan pagi ni. Semoga hujan yang Allah turunkan ini membawa rahmat Allah dan kebaikan kepada kita semua makhluk-Nya. Aamiin. π§π . Pagi ni sis nak cerita tentang perniagaan sis sikit. Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Sis mula berbisnes pada bulan Ramadhan tahun 2016 dengan nama Dini Hanifa's Klozets. Bermula dengan dropship pakaian baby dan kanak-kanak dari beberapa orang supplier termasuk Fathiyah's Dreams. Alhamdulillah walaupun baru berniaga pada masa tu tapi sis diberi kepercayaan oleh customer dan supplier untuk menguruskan order mereka. Lepas raya, sis mula slow berbisnes kerana kekangan masa tugas hakiki dan anak. π
. Tahun 2017 sis mula explore niche bisnes baru selepas bos sis minta sis tolong jualkan tudung Naelofar dan Sugarscarf preloved beliau. Ramadhan 2017 juga sis menjadi agen #SofeaRose. Pada masa tu juga sis mula berjinak-jinak dengan Shopee. . Dan sis terus mengorak langkah walaupun perlahan dengan join kelas aura insta dan shopeemyclass. Alhamdulillah kelas-kelas tersebut sangat bermanfaat dan membuatkan sis lebih bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Kini, kedai sis diberi nama Hijab By Hanifa di Instagram dan juga Shopee. . Impian sis takdelah terlalu tinggi sehingga ingin menjadi founder ke apa. Tapi, at least sis boleh berjaya dalam bisnes ini untuk membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan. Cukuplah sis dapat membantu mereka untuk hidup lebih selesa. Itu sahaja. . Pada mulanya sis tak confident dengan diri samaada dapat bertahan dalam bisnes. Tapi sedikit demi sedikit dengan bantuan sahabat sebisnes yang tak berhenti memberi sokongan dari segi ilmu dan idea, sis masih mampu bertahan di sini. Semoga usaha ini tidak berhenti di tengah jalan tanpa jejak. π
π¬ . Terima kasih untuk semua sahabat terutama team #ajimaura #terapiinstagran #shopeemyclass #aurainsta #igmashup #cikguseo yang menjadi penyokong kepada perjalanan diri ini mendewasakan diri. . Semoga kita semua sentiasa dalam redha da