ARCAST ARCAST - Alamtologi Research Center of Advanced Science & Technology merupakan institusi pendidikan yang menggunakan silibus Alamtologi sepenuhnya dan bekerjasama dengan universiti terpilih di dunia. ARCAST secara rasmi telah di realisasikan di Turkey pada 17/07/2019 dengan kerjasama universiti yang terpilih dan akan diadakan majlis perasmian dalam waktu terdekat. Piawaian kesemua bidang kajian dan perlatihan akan dipraktik dengan matlamat melahirkan lebih ramai ilmuan Alamtologi atau dipanggil Alamtologist yang akan menyambung perkembangan sains Alamtologi diseluruh dunia. Bidang ilmu yang ditawarkan adalah dalam semua bidang antaranya teknologi angkasa, kesihatan, kejuruteraan dan berbagai lagi. ARCAST akan mengeluarkan graduan yang akan memiliki kemahiran dalam 4 peringkat iaitu:- 1. Ilmu - Ilmuan / Alamtologist 2. Adab - Guru / Pengurus / Pemimpin 3. Kreativiti - Saintis / Jurutera 4. Ekonomi - Usahawan / Pakar Ekonomi ARCAST akan mengambil pelajar bermula pada tahun 2020 dan pemilihan akan tertakluk kepada kelulusan yang ditetapkan oleh Panel Ilmiah Alamtologi. Untuk peringkat pertama atau perdana, ARCAST akan menawarkan biasiswa penuh kepada pelata/pelati yang sedang mengikuti program PBSA di IAI Al Aziziyah. Kesemua yang telah lulus dan melengkapkan proses perlatihan di PBSA akan mendapat biasiswa penuh untuk pengajian lanjut Alamtologi di ARCAST. Pengajian di ARCAST akan mengambil masa 3 tahun 6 bulan. Pengajian Alamtologi akan dilaksanakan di ARCAST Istanbul, Turkey dan pelata/pelati TERPILIH & LULUS akan diberi biaya:- 1. Yuran 2. Tiket Pesawat - 1X 3. Biaya Bulanan Kesemua penerima biasiswa akan tertakluk kepada perjanjian untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar atau Gurata/Gurati setelah tamat pengajian. Semoga usaha memakmurkan ilmu dan keilmuan akan menjadi realiti tanpa ada sekatan politik dan budaya untuk menghasilkan keharmonian sejagat. P.alt Masa Bayu Pengasas Alamtologi #alamtologi #arcast #istanbul #islamicscience (at Zeytinburnu, ฤฐstanbul) https://www.instagram.com/p/B0DRillByr1/?igshid=1wdkl4jqxv43z