Assalamualaikum .. Allahumma Solli Wasallim A'la Saiyidina Muhammad. ™SELF REMINDER ™ ILMU AKAN DI ANGKAT Ilmu dapat membezakan antara perkara yang hak dan yang batil. Dengan adanya ilmu maka seseorang itu akan sentiasa selamat daripada sebarang perkara yang memudaratkannya. Kerana itu pada akhir zaman nanti ilmu akan diangkat dengan kematian para alim ulama yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Rasulullah telah bersabda tentang tanda-tanda kiamat: ilmu agama dicabut, banyaknya bencana, kebakhilan bermaharajalela dan banyaknya Al-Harj. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu Al Harj? Rasulullah menjawab: Pembunuhan. - HR Muslim 4827]. Oleh yang demikian kita diminta untuk sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah yang mana manusia sudah mula jauh daripada kedua-duanya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri agar tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita. Doa adalah senjata yang terbaik dalam memelihara iman Antara doa yang boleh kita amalkan ialah; Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”. - [HR Muslim 588]. Di sunatkan kepada kita untuk membacanya selepas membaca tahiyat akhir sebelum salam seperti yang di sebut di dalam hadis https://www.instagram.com/p/CRGY3bFsEvz/?utm_medium=tumblr