Berita baik untuk peminat SUHO di Malaysia!
Untuk hari lahir SUHO yang akan datang, MY Suho ingin mengumpulkan hadiah dan surat-surat. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin memberikan hadiah dan surat kepada SUHO, ini lah peluang anda! MY Suho akan mengumpulkan semua hadiah dan surat anda, dan kami akan pos kan ia ke salah satu fansite SUHO di Korea dan mereka akan menghantarkannya ke SM.
Apa harus anda hadiahkan & tuliskan di surat itu?
Bagi hadiah, anda kena ingat supaya tidak memberi makanan dan sesuatu yang bahaya. Kami cadangkan anda untuk memberi pakaian, aksesori ataupun buku-buku tapi itu terpulang kepada anda. Bagi surat, anda boleh menulis surat itu dalam bahasa korea/tulisan hangul (jika anda boleh dan faham untuk menulisnya) atau dalam bahasa Inggeris (jika anda memerlukan pertolongan untuk menterjemahkan dari bahasa Melayu ke Inggeris anda boleh email kami) dan surat itu seharusnya tidak anda unsur kekasaran dan seksual. Kami nasihatkan anda untuk menulis kata-kata semangat atau sesuatu yang bermakna kepada SUHO.
Bagaimana untuk anda hantarkan hadiah & surat?
Ada dua cara untuk hantarkan hadiah dan surat anda. Iaitu, anda boleh hantarkannya melalui pos (pos laju atau pos daftar) atau hantar semasa perjumpaan yang kami akan ada kan nanti. Anda boleh memilih untuk memberi surat yang ditulis tangan ataupun bertaip kepada SUHO.
Tempat perjumpaan untuk pengumpulan hadiah: Suria KLCC
Anda tidak perlu membalut hadiah tersebut dengan rapi kerana kami akan membalutkannya untuk anda. Kami anggarkan tarikh perjumpaan untuk memberikan hadiah/surat anda kepada kami pada hujung bulan Mac semasa cuti sekolah kerana untuk menyenangkan kepada sesiapa yang masih bersekolah untuk menghantarkan hadiah/surat mereka kepada kami.
Tarikh
Tarikh perjumpaan: 24 Mac 2014
Tarikh terakhir untuk anda menghantar hadiah/surat melalui pos: 6 April 2014
Derma
Kepada sesiapa yang berminat, untuk seorang, kami hanya perlukan RM5 dari anda kerana kami akan membayar perbelanjaan EMS untuk menghantar surat/hadiah anda ke Korea dan kami amat menghargai jika anda membantu kami untuk membayar sedikit untuk perbelanjaan tersebut. Anda boleh memberikan wang itu semasa di perjumpaan atau sekiranya anda ingin mengeposkan hadiah/surat anda, anda boleh hantarkan wang itu sekali bersama hadiah/surat anda. Oh! Penderma akan menerima sedikit hadiah dari kami^^
Email kan maklumat anda mengikut format ini:
Name:
Twitter:
Want to give: letter/gift/both
Method of handing the gifts & letters: by meet up/by post
dan email kan kepada [email protected]. Apabila anda telah menghantar email, anda tidak boleh menarik diri.
Apa-apa pengumuman kami akan maklumkan di twitter kami @_MYSuho
Atau anda boleh bertanya dia ASK.fm MY_Suho
Kami amat mengharapkan sokongan anda! Jumpa anda di perjumpaan nanti~^^
p/s: Projek ini adalah untuk MALAYSIA sahaja













