Travel Log Al Kisah Gelandangan
Catitan pertama kisah 0-6 : 19 Oct 2013 8.36 pm (hampir basi)
Kisah 0: Nasi dah jadi bubur
Kesal atas kesilapan sendiri beli tiket flight dari Shanghai ke Hefei yang tersilap bulan. Kalut menyiapkan kerja lain menyebabkan aku cuai. Tarikh yang dibeli betul tapi bulan yang dimasukkan awal sebulan. Aku cuma tersedar bila baca tiket yang dicetak semlm. Argghh terlalu lewat untuk ku sedari semua ini sebab esok pagi penerbangan ku ke Shanghai dari KLIA. Sudah 9 malam dan tiket domestik dari Shanghai ke Hefei tidak boleh beli secara terus melainkan hubungi agen di sana. Nasib baik flight KLIA ke Shanghai betul tarikhnya!
Kisah 1: Gusar
Ku buka laptop dan baca alternatif untuk sampai Hefei dari Shanghai. Menurut conf web, aku boleh naiki kereta api dari Shanghai ke Hefei. Perjalanan ku bermula seawal 6 pagi di KLIA. Tiba saja di Pudong Shanghai Airport, aku diberitahu menaiki bas ke Hongjou Railway Station lagi cepat berbanding menggunakan metro. Gagal berebut bas pertama yang sesak, aku terpaksa naik bas kedua. Argh masa sudah 4.15 petang. Gusar. Aku sempat bersembang dengan pelancong dari Singapura. Kami hampir naiki teksi untuk 4 org dek lama sangat tunggu bas kedua. Tapi disebabkan mahal, kami batalkan niat dan akhirnya bas kedua tiba. Perjalanan cuma sejam walaupun banyak kereta.
Kisah 2: Ujian bertalu
Sampai saja di Hongjou Train Station, harus lalu custom check lagi. Kemudian bergegas ke kaunter tiket. Tika beratur dan hampir giliran ku, kaunter pula tutup untuk berehat.. Arghh..Pelbagai ujian datang bertalu! Ku galas bagpack dan menarik luggage, lalu bergegas beratur kaunter lain yang panjang. Lega orang di kaunter ini dapat berbahasa Inggeris. Hampa bila tiket yg tinggal cuma pada pukul 10.12 malam! Walhal tika itu baru pukul 5.30 petang. Arghh apa aku nak buat membuang masa? Aku diuji lagi yang tiket waktu itu bertolak dari Shanghai Train Station! Dlm erti kata lain, bukan train stationsekarang dan perlu sejam untuk sampai ke sana! Haihh.. Tiket sudah dibeli, baru diberitahu oleh penjual ini! Panas hati tapi cuba bertenang. Tiket esok pagi tak ku beli sebab tak nampak hotel berdekatan yang boleh ku tidur kalau esok pagi baru mula perjalanan. Teringat di UK. Rasa lebih berani utk berkutu embun di bus station jika keadaan mendesak. Dengan menjinjing dua beg yang berat, ahh tak rajin aku nak tawaf bangunan besar ini mencari hotel, ditambah lagi dengan bahasa dan papan tanda yang kurang mesra pengguna.
Kisah 3: Jelajah Metro/ Subway
2 kaunter info aku bertanya arah. Akhirnya berjaya beli tiket dan org di kaunter metro ini baik hati tulis nama hentian dan line yang harus aku berhenti dan tukar. Mulanya tidak ramai org tapi lama kelamaan, org makin ramai dan aku kelihatan seperti 'alien' atau erti kata lain, sangat asing bagi mereka kerana penampilan ku yang bertudung dan mengheret luggage roda, sandang Karimor backpack dan sling bag di leher. Tuhan saja yg tahu bagaimana penat dan lenguhnya bahu aku. Sejam kemudian, sekitar 7.00 pm aku tiba di Shanghai Railway Train Station. Itu pun mengambil masa untuk keluar dari metro dan harus melalui custom check sekali lagi!
Kisah 4: Lepak di Shanghai Railway Train Station
Aku cuma baca signboard besar yang bertulisan China. Ku cuba fahami dari nombor masa dan platform. Sampai saja di lounge 10, ya Allah, ramainya umat melepak di 'waiting area' ini. Aku cuba tunjukkan tiket bagi memastikan aku tiba di platform yang betul. Aku tak bercakap kerna aku pasti pegawai tiket ini cuma tahu berbahasa Cina. Jam baru 7.30 malam. Minda dah mula terfikir untuk menaiki teksi dan aku sanggup untuk bayar lebih jika ada yang sanggup kerana badan sudah mula lesu kerana perjalananku bermula seawal 5.30 pagi!
Kisah 5 : Ayam VS Itik
Mengheret beg menuruni tangga yang tinggi, mataku melilau dan menuju keluar semula dari train station yg besar ini dan mencari Taxi sign tapi gagal disebabkan pintu utama sudah ditutup. Ku mencuba nasib dan mengheret beg jauh lagi, akhirnya ada pemandu teksi yang cuba berinteraksi denganku. Tp bila ku tunjuk alamat, katanya sekarang ini kita di Shanghai sambil berbahasa Cina! Dah ku bilang mmg jauh destinasi yg hendak ku tuju ini tapi memanglah tidak difahaminya bila bahasa ayam dan itik digunakan. Langsung tiada komunikasi protokol. Walaupun ada kacukan Cina, tapi langsung tidak fasih. Lalu ku kembali semula ke dalam train station sambil memerhati orang ramai sedang bertaichi, menari, bermain roller blade di hadapan laman stesen keretaapi ini. Oleh kerana penat jinjing beg dan tiada mood kerana gusar fikirkan apa akan terjadi seterusnya, aku tidak keluarkan langsung kamera. Ada beberapa gambar yang ditangkap menggunakan kameraHP yang kurang jelas di malam hari.
Kisah 6 : Gelandangan
Kali keempat aku lalu 'Custom Checking' sebelum masuk ke bangunan keretapi semula. Pada mulanya aku cuma berdiri di hadapan kerna kerusi menunggu terlalu padat. Kadang-kala aku berjalan menghilangkan boring, duduk di tiang tepi kedai dan akhirnya aku sama menyertai duduk di lantai di kaki kedai beralaskan suratkhabar Cina yang ditinggalkan orang sebelum ini. Kali ini aku dah tak kisah duduk mana, asalkan dapat duduk walapun beralaskan suratkhabar yang dikutip. Pelbagai posisi duduk kerna masa dirasakan bergerak terlalu perlahan. Jari jemari ku mengetuk ipad merakamkan perjalanan yang tidak ku duga ini. Kerap kali orang memandangku pelik tapi ku buat tidak endah sebab ini bukan negara pertama yang jakun dengan penampilan gadis bertudung. Jam sudah tepat pukul 10 malam dan aku mula bangun untuk masuk ke kawasan menunggu. Berpusu-pusu manusia beratur kerna lagi 10 minit keretapi akan bergerak. Dalam kepenatan berdiri, aku diberitahu destinasi ku ditangguhkan lagi 10 minit. Mendengus. Inilah padahnya atas kecuaian sendiri, aku masih di sini. Sekali lagi aku dikejutkan dengan suara orang ramai yang tidak puas hati apabila destinasi kami ditangguh lagi 15 minit. Kaki sudah terlalu penat berdiri dan berjalan sejak dari Malaysia seawal 5.30 pagi! Nak ku patah balik mencari tempat duduk tapi semuanya telah penuh.
Kisah 7 : Kereta api kelas ketiga
Ketika wisel ditiup, aku dan orang ramai bertempiaran mendapatkan gerabak masing-masing. Tiket terakhir yang ku beli atas tiket berdiri dan ku cuma mampu berdiri dan berdoa agar ada penumpang yang akan turun ketika perjalanan. Memang keputusan gila kerna perjalanan untuk tiba di Hefei memakan masa 4 jam. Bayangkan jika terpaksa berdiri selama 4 jam dengan badan yang dah cukup lesu dari pagi? Sekitar 20 minit aku berdiri bersama penumpang berdiri yang lain. Ku perhati gelagat manusia. Wanita di hadapan aku bagai sudah biasa terus buka kerusi lipat yang dibawa. Di antara gerabak lain, pintu terbuka luas. Angin menderu dan di situ umat yang tidak sayang nyawa menghirup asap rokok. Malah pakej 2 in 1 kerna asap keretapi juga ditelannya! Sudah menjadi kebiasaan banyak tempat awam termasuk keretaapi ini menyediakan kemudahan air panas. Menjadi 'habit' kebanyakan orang Cina menggunakan air panas automatik ini untuk menikmati maggi cup yang cukup besar. Pelbagai aroma ku hidu dalam kereta api ini. Entah perasa apa. Ku selok sling bag capai coklat yang selalu ku bawa apabila travel. Tidak kenyang tapi cukuplah untuk bertahan lagi beberapa jam. Akhirnya minit ke 20, ada penumpang baik hati bangun dari kerusi dan memberikan ku tempat duduknya. Kendati tidak ku fahami tapi dengan bahasa isyarat sebagai protokol, kerusi itu diberikn kepada aku yang sarat berdiri dengan beg. Ku tinggalkan bagasi tidak jauh dari tempat duduk.
Kisah 8: Rakyat Marhaen
Panjat syukur dapat duduk walaupun seakan nasi himpit. Ada yang dah mula lena. Hati tidak tenang memikirkan bila harus ku berhenti. Papan tanda yang ku jumpai di setiap hentian rata-rata dlm bahasa Cina dan info yang disampaikan juga dalam bahasa Cina kerana ku naiki kereta api kelas ketiga. Kelas pertama dan laju semuanya telah sold out. Aku beranikan diri menunjukkan tiket destinasi ku dgn orang di hadapanku. Sekali lagi protokol sign language. Apa yg ku fahami dia juga akan berhenti tempat yang sama dan aku boleh ikut sama masa dia nak turun nanti. Kalau betul fahamanku! Ku cuba tahan dari terlena dan acap kali melihat papan tanda destinasi yang dilalui. Aarghh lambatnya keretapi ini bergerak. Detak hati kerna perjalanan yang katanya 4 jam menjadi mimpi ngeri bertukar kepada 6 jam! Pelbagai posisi duduk dan kadang terlena di antara rakyat marhaen yang lain. Kerusi untuk 4 orang, di hadapan ku kerusi 3 orang dan di sebelah ku kerusi 2 orang. Bayangkan bagaimana nak ku luruskan kaki selama 6 jam di hadapan orang yg begitu asing bagi ku. Ingin saja ku capai HP merakamkan gambar sebagai kenangan betapa macam dalam sardine, tak tergamak dan kepenatan yang amat sangat mematikan mood.
Kisah 9: Hefei vs US
Akhirnya seawal 5 lebih pagi aku tiba di Hefei. Puluhan atau ratusan manusia turut keluar dari kereta api yang sangat panjang ini. Seolah-olah Hefei antara destinasi teramai dan stesen ini agak besar. Mata melilau mencari papan tanda Hefei bagi menyedapkan hati. Syukur aku kini semakin dekat tapi masih lagi belum sampai ke destinasi asal. Walapun masih awal pagi, kelibat manusia begitu ramai. Berpusu orang beratur mendapatkan teksi. Arggh harus beratur panjang lagi! Hati mendengus. Aku disapa pemandu teksi yang tak diiktiraf halal. Dalam erti kata lain, prebet sapu. Entah kenapa aku bagaikan disorong bantal, terus mengikutnya setelah menunjukkan nama hotel dalam bahasa Cina. Bertanyakan harga, kami menggunakan kalkulator HP dan aku setuju saja asalkan sampai. Badan terlalu penat untuk beratur mendapatkan teksi halal. Sudah 24 jam perjalanan tanpa tidur yang cukup dan masih lagi belum tiba! Kalau ke US pun dah boleh sampai!
Kisah 10: Prebet
Prebet sapu yang ku naiki ini bukanlah aku seorang. Ada lagi 2 penumpang lain dan pemandu ini akan hantar mereka dahulu. Aku duduk di seat hadapan. Ketika perjalanan, tiba-tiba pemandu teksi menghulurkan plastik beg kepada penumpang belakang. Aku bagai sudah mengerti mereka ini besar kemungkinan baru balik bersosial dan kedengaran orang muntah. Haihh pilih lagi prebet sapu! Terpaksa mengadap situasi yang sungguh tidak menyelerakan. Pelbagai ujian sungguh! Jauh di sudut hati, mohon agar cepat tiba ke hotel.
Kisah 11: Perjalanan 0 bintang VS penginapan 5 bintang
Empark Grand Hotel, Hefei | Galaxy S4
Tiba sekitar 6 lebih pagi di lobi hotel. Aku disambut oleh pekerja hotel yang tersenyum dan tolong aku mengangkat beg. Tiang hotel begitu gah. Jauh beza perjalanan ku setibanya di sini. Bergegas aku check in dan dapat aras 23. Kagum dan gembira dengan saiz bilik dan fasiliti yang disediakan. Tersenyum melihat bath tub yang besar dan takkan ku lepaskan peluang ini ;) Sebaik saja sampai, terus aku qada' solat lebih-lebih lagi ada keadaan yang sangat tidak mengizinkan tika bergelandangan 24 jam. Selesai solat, terus rendam megi goreng segera yang ku bawa bila travel. Kenyang setelah 24 jam terakhir aku makan ketika dalam flight. Selebihnya cuma makan coklat.
Kisah 12: Tujuan sebenar
Tempat persidangan IDEAL 2013 di Hefei.
Tilam empuk yang boleh memuatkan 3 orang melambai aku. Tapi harus akur turun ke lobi hotel bagi membeli tiket penerbangan domestik dari Hefei ke Shanghai. Di bawah aku menunggu lagi pegawai bertugas sehingga jam 7 lebih pagi. Tiket domestik ini agak sukar nak dibeli sendiri sebab laman webnya menggunakan medium Bahasa Cina. Akhirnya berjaya beli secara tunai melalui pegawai yang bertugas di hotel ini dan terus ku bookingteksi balik dari hotel ke Hefei Airport. Kali ini aku lebih berhati-hati melihat tarikh yang dicetak. Ku naiki lif yang laju dan ku ponteng slot keynote conference pagi ini sebab badan sudah terlalu lesu. Qada' tdo dan terjaga kembali sertai sesi petang dan 3 hari seterusnya. Aku kenali Na Li, researcher dari Akademi Sains China. Sepanjang di conference, kami sering berdiskusi tentang pelbagai topik dan berkongsi pengalaman kembaraku ke sini. Di sini juga aku jumpa Prof Xin Yao yang juga pensyarah universiti di tempat ku berhempas pulas mendapatkan sekalung sijil Doktor Falsafah. Sepanjang persidangan, makan minum ku terjaga. 3x sehari. Walaupun tidak ada makanan halal tapi digantikan dengan makanan laut dan sayuran mampu sudah bisa membuka selera ku.
Kisah 13: Berakhirnya travel log
Perjalanan pulang ku boleh dikatakan lebih mudah, teratur dan aku berjumpa dengan seorang jejaka Cina yang agak peramah dan boleh bertutur Inggeris. Ku terima business cardnya dan bergambar dengannya atas permintaan beliau sebagai kenangan. Alhamdulillah aku selamat kembali menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Tidak lama selepas itu, satu dunia dikejutkan dengan berita misteri kehilangan MH370 yang juga sama penerbangan MAS. Bezanya, aku berada pada waktu yang lain. Captain Zahari, you'll be missed by us, DAVOM. Walaupun tidak kenal rapat sebab ke UK tapi rasa ada bertemu dalam beberapa aktiviti. Takdir Tuhan, aku bukan sekumpulan mereka yang hilang dan ditangisi. Tapi bagaimana ajal ku nanti, tiada siapa tahu. Sesungguhnya mati itu pasti.
Memetik kata-kata Andrea Hirata, "kerja Tuhan tidak boleh diramal...nasib, usaha dan takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena."
IDEAL 2013 @ Hefei, Anhui, China | Credit photo: Organizer IDEAL 2013
Nota: Sehari selepas tiba di Malaysia, aku dah mula sibuk bertugas di kaunter pendaftaran program rasmi di stadium atas urusan kerja. Demam panas melanda ketika program akibat badan kepenatan yang amat sangat dan terus menerus bekerja.
**Alhamdulillah. 1 tahun 3 bulan untuk menyempurnakan kisah 7 - 13 ;) **
Terima kasih pada pemberi semangat untuk aku gigih menyiapkan travel log Shanghai-Hefei. Travel log Portugal (pickpocket - hilang identiti kad, UK Visa Card, purse), Iceland, Japan dan solo trip beberapa negara Eropah masih lagi tersemat di fikiran. Belum punya masa dan azam yang tinggi untuk melakarkan dalam nota bertulis.
Teringat kata A.Samad Said, "Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis." - Salah satu tugas ku wajib menulis kertas kerja penyelidikan. Alangkah indahnya jika travel log aku boleh diterjemah kepada artikel berimpak tinggi ;) Pasti kerap akan ku kemaskini travelog yang bersarang di mindaku,
Syabas yang gigih membaca travel log ini kerna kalian tergolong insan penyabar dan semangat ingin tahu yang tinggi! Terima kasih! Dialu-alukan jika ada yang ingin komen penulisan / pengalaman ini ;)
Nukilan,
-KINA 26 Jan 2015 9.21 pm (Copy paste dari nota FB sy)

















