Pagi ini saya menerima whatsapp dari Mama. Perkongsian yang sangat baik saya kira. Semoga Allah SWT kurniakan Al-Firdaus kepada Hamba Allah yang sudi menulis intipati video Ustaz Jafri Abu Bakar.
Di sini saya sertakan tulisan dan juga video. Kalau malas baca boleh dengar. Kalau malas dengar, sesungguhnya anda tergolong dalam golongan orang yang rugi. Hiks.
Semoga bermanfaat pembaca semua.
Nota kaki : Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan “jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah SWT.
Intipati dari video Mujahadah dalam ibadah oleh Ustaz Jafri Abu Bakar.
Jaga solat Subuh berjemaah Nabi sebut pahalanya seolah beribadah seluruh malam. Rugi siapa tinggal subuh berjemaah. Di padang mashyar tengok banyak nya pahala. Kita akan terkejut kerana kita tak pernah bangkit beribadah dari maghrib sehingga subuh non stop. Saya tak pernah buat macam ni. Kalau saya tahu, tiap hari saya nak solat subuh berjemaah. Kalau tak sempat sekali pun, usahakan untuk solat 2 orang pun tak apa dah. Asal solat Subuh secara berjemaah.
Kedua, Jaga solat Asar berjemaah. Waktu sangat penting iaitu waktu Malaikat tukar shift. Rujuk hadis tentang doa para malaikat. Malaikat yang jaga sebelah malam akan naik waktu subuh dan yang jaga siang akan turun waktu subuh dan naik waktu asar. Malaikat yang jaga sebelah malam turun waktu asar dan naik waktu subuh. Ada dua waktu. Subuh dan Asar waktu tukar shift. Waktu Malaikat naik mengadap, Allah bertanya dalam keadaan Allah mengetahui, Allah bertanya apa hambaKu sedang buat? Waktu aku turun mereka sedang solat dan waktu aku naik mereka sedang solat. Maka ampunkan lah dosa mereka di hari kiamat. Doa yang sangat hebat. Doa para Malaikat yang tak pernah buat dosa pasti diterima Allah.
Ketiga, waktu Isyak. Jaga solat Isyak berjemaah. Nabi menyebut, siapa solat Isyak berjemaah pahala baginya seolah beribadah qiamullail separuh malam dari pukul 12 tengah malam sehingga Subuh. Seolah kita solat, baca Al Quran dan zikir sepanjang separuh malam tanpa henti. Zaman Nabi, sahabat bertanya macam mana kalau nak kenal orang munafik di kalangan kami? Jawabnya ialah mereka yang tak pergi solat Subuh dan Isyak berjemaah. Ini bukan solat yang boleh berlakun. Nak elak ciri orang munafik, pergilah solat Isyak dan Subuh berjemaah.
Lagi satu, jangan tinggal sampai bila bila ialah solat witir. Nak jadi orang soleh, sifatnya ialah qiamullail. Tak mahu masuk neraka, ialah qiamullail. Nak jadi orang yang Allah tak izin masuk neraka ialah dengan qiamullail. Matlamat kita ialah syurga, untuk dekat dengan Allah dan tak diizin masuk neraka. Jadi caranya ialah dengan melakukkan qiamullail. Jadi kita kena jadi ahli qiamullail. Antara tanda dosa banyak ialah susah nak bangkit tahajjud. Maka tolong pastikan qiamullail sebelum kita tidur. Tak perlu tidur dulu. Hanya solat tahajjud sahaja perlu tidur dulu. Tapi solat witir tak perlu tidur. Saidina Umar ialah orang yang kuat dan Saidina Abu Bakar pula seorang yang sangat berhati hati kerana solat witir sebelum tidur. Selepas solat Isyak, terus buat solat Witir selepas solat baadiah. Buat 3 rakaat Witir atau paling ringkas 1 rakaat solat Witir. Pastikan jadi ahli qiamullail jika kita nak masuk syurga. Jangan tinggal witir sampai akhir hayat.
Seterusnya, jangan tinggal membaca Al Quran sampai bila-bila. Biar hanya satu muka surat, bacalah Al Quran selepas solat Subuh.
Ya Rasulullah apa doa paling afdhal untuk aku minta. Kita ada banyak nak minta dengan Allah. Tanda orang sombong dengan Allah adalah orang yang tak angkat tangan meminta dengan Allah. Anak kita punya tak seronok nak duduk dekat dengan kita. Kita dulu dah besar pun masih dok bawah ketiak mak bapak kita. Zaman sekarang suruh anak solat, anak tak mahu. Kenapa jadi macam ni. Tak sama dengan kita dulu. Maknanya telah hilang keberkatan dalam rumahtangga kita. Ditakuti ianya adalah cerminan dosa dosa kita dulu. Dosa kita pada mak ayah kita dulu. Banyak yang kita nak minta dengan Allah kerana kita ada banyak masalah, bab hutang, bab anak-anak. Jadi bangunlah pukul 4 pagi dan bersembang dan bercerita dengan Allah. Allah turun ke langit dunia dan Allah tanya Malaikat, ada tak hambaKu yang berdoa, ada tak hambaKu yang ada hajat ada tak hambaKu yang nak minta ampun. Waktu Allah nak ampunkan segala dosa, nak tunai segala hajat. Waktu nya ialah satu pertiga malam. Semua hal yang kita nak minta, mintalah dengan Allah ketika itu.
Sahabat bertanya dalam banyak banyak doa yang nak diminta, apa yang paling afdhal? Rasulullah menyebut minta ampun. Kenapa kena minta ampun kenapa tak minta masuk syurga? Patutnya kalau dapat syurga, dalam kubur pun dah selesai. Tapi jangan lupa ada orang masuk syurga, akan masuk neraka dulu. Sebab yang jadi punca masalah dalam hidup kita adalah kerana dosa kita. Hidup tak seronok, buat ibadah tak kusyuk, semua kerana dosa kita. Dosa menghalang kusyuk dalam solat. Dosa jadikan kita malas beribadah. Malas baca Al Quran. Bila dosa terampun, solat boleh kusyuk, bangun tahajjud pun mudah. Takut dosa tak terampun. Kenapa berat nak mengaji dsb. Kalau dosa tak terampun, didoakan kecelakaan siapa yang keluar dari bulan Ramadhan tapi dosa tak terampun. Itu yang kita takuti. Kena susah hati kalau kita langsung tak ada susah hati walaupun tak mengaji Al Quran, walaupun tak bangun solat Tahajjud.
Kalau dah mati tak payah baca Al Quran lagi, tak payah solat tahajjud dah. Waktu hidup lah kena paksa diri untuk bangun tahajjud dan paksa diri untuk mengaji Al Quran. Mati tak kira usia dan bukan semesti sakit.
Kedua tanda hati tenggelam dengan dosa ialah tak rasa manisnya ibadah. Paksa diri untuk bangun tahajjud tapi tak rasa seronok. Tak teringin ke nak rasa kusyuk solat.
Ketiga tanda tenggelam dosa ialah tak boleh menangis dengan dosa-dosa. Dia dah tak rasa berdosa. Imam baca juz Amma dengan menangis. Tapi kita tak boleh menangis. Semua orang menangis dengan dosa. Semua sebab dosa yang menenggelamkan.
Kamu nak lari dari siapa bila kamu buat dosa. Bukan orang yang nak jadi saksi tapi kulit kamu yang melekat dengan kamu 24 jam yang akan jadi saksi. Anggota badan yang akan jadi saksi. Suara kecil dari bulu mata dari mana tiap-tiap malam ada airmata menyentuh aku yang juga ingin jadi saksi. Ya Allah, dia buat dosa dan dia menyesal dengan dosa dia. Tidak kah Engkau berjanji bahawa airmata yang keluar kerana takutkan Engkau Ta Allah akan menghalang dari disentuh api neraka. Kalau boleh paksa untuk menangis, menangis lah. Lumurlah airmata di seluruh tubuh agar ia dapat menghindar dari api neraka.
Bertaubat adalah sifat orang bertaqwa. Qanaah ialah rasa cukup dengan apa yang ada.
Siapa yang menghindar dari berbalah walaupun dia betul Allah akan bina satu istana di hujung syurga. Sesiapa yang menghindar dari berbohong walaupun benda lawak Allah akan bina satu istana di tengah syurga.
Mengarang mesej lawak adalah membuang masa, buang pula masa orang yang membaca. Semua ini akan dikira di akhirat kelak berapa banyak masa orang terbuang ketika membacanya. Kalau 2000 orang dapat mesej dan membazir masa 2 minit, jumlah 2000 minit. Satu saat membazir dari mengingati Allah, besar penyesalan di akhirat.
Tanda eloknya Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak beri manafaat pada dia. Contoh sebelum hantar satu mesej, tanya dulu kalau ia boleh buang masa aku dan buang masa orang yang baca, baik jangan hantar. Kalau rasa boleh bagi pahala pada orang membaca, boleh hantar. Nak buat apa apa kena timbang elok elok takut mati ketika sedang melakukannya. Tanya jika mati, ianya mati syurga atau mati neraka. Semua ini kerana kita tak tahu bila kita akan mati. Kena timbang samada mati husnul khatimah atau bisuul khatimah. Contoh mati ketika tengok wayang atau mati ketika sedang menyanyi, ianya membawa fitnah. Tapi kita bersangka baik lah yang sebelum mati, sempat si mati mengucap syahadah. Timbang ni lah nama warak.
Yakin dan percaya segala janji Allah. Bila Allah janji akan ganda pahala 27 kali ganda. Buat itu tanda yakin. Siapa baca al ikhlas sebanyak 10 kali, Allah akan bina istana di syurga. Ada yang buat tapi ada juga yang tak buat. Yang beriman akan buat kerana yakin dengan janji Allah. Ada orang percaya tapi tak yakin. Yakin adalah sifat orang warak. Mudah mudahan sifat itu ada pada kita.