Bermimpilah
لك حق تحلم “Kau punya hak untuk bermimpi tinggi”
Martin Leuther pernah sekali dia berbicara di hadapan khalayak ramai,
“kalau aku tahu bahawa esok adalah hari terakhir ku, maka harini, sebelum aku bertemu mati, aku akan tanam pokok epal, supaya ketika aku pergi, roh dan jasad ku sudah tiada, tapi budi ku masih kekal di sini”
Bermimpilah kawan kawan, untuk punyai pelbagai impian. Impian itu sama seperti sedang kita bermimpi, apa yg dilihat dan diingat dalam mimpi, hanya sekerat sahaja yg cantik dan indah. Selepas kita bangkit dan sedar dari mimpi, kerja kitalah yang menyambung segala yg indah indah pada mimpi.
Bermimpilah wahai kawan, untuk punyai sebuah rumah yang besar, anak anak yg ramai, warisan yg hebat, pengikut yang jujur, dan musuh yang berkata benar.
Bermimpilah, untuk punyai rumah di tepi pantai, dikelilingi pokok pokok epal dan strawberri, tiba musim menuai, kita duduk bersila di tepi pantai sambil menghabiskan hidangan buah yang segar.
Bermimpilah, untuk mempunyai sebuah sekolah yang besar, muat untuk dihimpun anak anak miskin yg tiada punya peluang untuk belajar dan menuntut, dan kita adalah guru besar, membahagi dan mengajar mereka bagaimana untuk mengubah nasib
Bermimpilah, untuk punyai syarikat buku yang termasyhur, setiap hari orang datang berduyun beratur untuk membeli buku buku terbitan kita. Buku kita dijadikan rujukan, dan dibuat baca seluruh rakyat, di baris baris buku kita, semuanya hikmah dan kata bijak yang buat manusia terus semangat untuk berjuang hidup
Bermimpilah, untuk memasuki syurga tuhan, dijauhkan dari apinya, kaki kita melangkah ke syurga dengan syafaat dan rahmat, bidadari menjadi pendamping dan mengekori kita hingga ke kediaman indah di syruga.
Bermimpilah, untuk menjadi seekor burung, bebas terbang ke mana, punya dua sayap tapi layak untuk menjelajahi dunia, langit menjadi indah kerananya, anak anak kecil duduk di tengah padang beramai ramai melihat kawanan burung terbang di angkasa
Bermimpilah, untuk jadi sesiapa, untuk jadi apa, kerana kita punya hak untuk bermimpi. Tidak mustahil hari ini kita miskin, esok lusa kita akan jadi kaya. Bukan aneh, anak kampung pulang dari gading menara bertukar menjadi pemimpin rakyat jelata.
Bermimpilah, tidak salah untuk bermimpi, yang salah adalah kita berhenti bermimpi, lalu berputus asa. Kerana yg berhenti bermimpi, dia seolah sudah mati.
2:49 AM, Khamis lewat pagi, atas lantai.












