New Post has been published on Rawatan.Net
New Post has been published on http://rawatan.net/sakit-jantung-pantau-jarak-jauh/
Sakit Jantung - Pantau Denyut Jantung Dari Jarak Jauh
Sakit Jantung – Tidak Sedar Diri Selepas Solat
DR. SULAIMAN CHE RUS, 60-an, tidak sedarkan diri pada bulan Ogos tahun lalu ketika pulang selepas mengerjakan solat di Seremban, Negeri Sembilan.
Dia disahkan menghidap sakit jantung iaitu penyakit arteri koronari dan telah menjalani pembedahan selama 12 jam. Sebuah peranti perentak jantung (pacemaker) turut dimasukkan ke dalam tubuhnya.
Selepas keluar dari hospital, dia dibekalkan dengan sebuah peranti yang dipanggil Merlin.Net untuk dipasang semasa dia sedang tidur.
“Alhamdulliah setakat ini, belum ada sebarang panggilan yang memerlukan saya ke hospital. Jika terasa lain, saya hanya perlu membuat panggilan ke hospital,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Merlin.Net di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Merlin.Net merupakan sebuah peranti pemancar (transmitter) yang membolehkan sebuah sistem pemantauan jarak jauh antara doktor dan pesakit dibuat.
Sulaiman yang bekerja sebagai Pegawai Perubatan di Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berseloroh, dinding di IJN perlu selalu dicat kerana terdapat banyak kesan daki.
Kesan tersebut disebabkan oleh masalah masa menunggu yang kerap dihadapi pesakit menyebabkan pengiring mereka perlu bersandar atau meletakkan kaki di dinding kerana penat.
Sememangnya pesakit jantung memerlukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan jantung berfungsi dengan baik.
Peranti pacemaker perlu diperiksa pada waktu tertentu iaitu sehari selepas implan, sebulan kemudian, tiga kali setahun, dan dua kali setahun bagi tahun berikutnya. MERLIN.NET merupakan sistem pemantauan menyeluruh jarak jauh yang mampu mengurangkan jumlah lawatan ke hospital.
Apabila pesakit berasa ada sesuatu yang tidak kena, mereka boleh ke IJN pada bila-bila masa.
Menurut Konsultan Kanan Pakar Kardiologi IJN, Datuk Dr. Razali Omar, lebih kurang 40 orang sehari membuat pemeriksaan di IJN, manakala kira-kira 200,000 pesakit luar melakukan pemeriksaan dalam tempoh setahun.
Bilangan tersebut dijangka terus meningkat berdasarkan data pesakit dan jumlah kunjungan ke IJN.
Dari tahun 1996 hingga 1999, IJN mempunyai pesakit seramai 990 orang dengan jumlah rawatan susulan sebanyak 4,478 kali, manakala terbaru, dari tahun 2006 hingga 2012, pesakit bertambah menjadi 2,938 orang dengan rawatan susulan 27,233 orang.
Bilangan pesakit yang bertambah seiring rawatan susulan itu menyebabkan masa seseorang pesakit banyak terbuang setiap kali menunggu.
Pesakit yang membuat pemeriksaan tanpa memerlukan rawatan mengambil masa purata 30 minit dan ia membentuk bilangan paling ramai.
Bagi yang memerlukan rawatan susulan pula mengambil masa paling kurang satu jam atau lebih, menyebabkan pesakit seterusnya menunggu lebih lama lagi.
“Sistem pemantauan jarak jauh membolehkan kami memberi fokus masa dan usaha untuk kumpulan pesakit yang berada pada tahap kompleks,” ujar Razali pada majlis pelancaran Merlin.Net.
Sistem pemantauan Merlin.Net merupakan peranti yang dibangunkan oleh St. Jude Medical. Ia adalah rangkaian penjagaan kesihatan pesakit yang mengabungkan data daripada peranti seperti pacemaker dan kaedah implan implantable cardioverter defibrillator (ICD) dengan data pesakit sedia ada.
Sistem itu dapat mengesan data dengan tepat, informasi yang relevan dan membolehkan pakar perubatan mengesan trend serta membuat keputusan dengan cepat berdasarkan keperluan pesakit.
Sistem yang pertama kali digunakan di Malaysia itu secara keseluruhannya akan mengumpul dan menyimpan data sejak prosedur implan dijalankan diikuti setiap rawatan susulan yang dibuat serta data yang dipancarkan daripada peranti di rumah pesakit.
Pemindahan data melalui pemancar Merlin@home ke laman web dibuat dengan cara pakar perubatan memasukkan log masuk pada mana-mana peranti yang menyokong laman web. PERENTAK jantung ini memberikan maklumat menggunakan Merlin@Home.
Data-data dihantar daripada Merlin@home menggunakan talian telefon rumah ke sistem Merlin.Net di IJN.
Cara penggunaanya amat mudah, ia perlu dipasang berdekatan katil menggunakan bekalan elektrik selain talian telefon semasa pesakit tidur.
Pada waktu itu, pemancar membuat pemeriksaan secara automatik. Apabila peranti selesai dibaca, Merlin@home secara automatik mendail dan menghantar maklumat.
Ketika alat pemancar sedang menghantar data, pemanggil yang membuat panggilan ke talian telefon akan menerima isyarat sibuk, sama seperti panggilan telefon lain.
Ia tidak akan mengganggu sebarang penggunaan telefon biasa ketika pemancar berhenti menghantar data, jadi pesakit perlu biarkan ia masih berada di plug.
Jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan perhatian doktor serta-merta atau mesin itu memerlukan penyelenggaraan, amaran akan dihantar ke sistem Merlin.Net. Ia seterusnya dipancar ke pakar perubatan berkenaan dengan menggunakan e-mel, faks atau SMS.
Sistem amaran Merlin.Net juga tidak terhad kepada kedua-dua situasi tersebut, tetapi boleh mengesan pemfibrilan atrium (AF), takikardia atrium (AT) dan segmen ST. Segmen ST merupakan perubahan pada rentak jantung elektrik.
sakit jantung ciri,
sakit jantung wanita,
sakit jantung ringan,
jenis sakit jantung,
sakit jantung usia muda,
sakit jantung malaysia,
sakit jantung tahap 4,
faktor sakit jantung,
sakit jantung lemah,
youtube sakit jantung,