#karviter2017 Giliran 8: #unitluarkampus #leschaises (The Chairs / 2 cara sebutan: lay shers / lay chez) "...hiburan bukanlah sesuatu yg mahal...hiburan adalah kebijaksanaan..." "...aku seorang profesor yg sudah dilupakan..." "...adakah awk takut (akan kematian)?..." My personal scoresheet: Penataan cahaya: 3 ⭐️ Busana & tatarias: 3 ⭐️ Rekaan set & props: 3 ⭐️ Penghayatan watak utama: 4 ⭐️ Penghayatan watak pembantu: 3 ⭐️ Kesan bunyi & muzik latar: 3.5 ⭐️ Plot pementasan: 3.5 ⭐️ Pembangunan watak: 3.5 ⭐️ Mesej yang ingin disampaikan: 3⭐️ Penulisan skrip: 3 ⭐️ Genre: tragik, melankolik, pasca-apokalips, imaginatif Mesej yg (mungkin) ingin disampaikan: 1. Kemasyhuran nama dan jasa kita ketika hidup bukanlah utk kita meraih sanjungan manusia 2. Persediaan menghadapi mati itu bukan pada ketika usia tua 3. Setiap individu punya cara tersendiri untuk menghibur & menenangkan hati Keseluruhannya: Sebuah pementasan yg memerlukan penonton bermain dgn imaginasi sekaligus menerima mesej yg ingin disampaikan. Pementasan yg hanya didominasi 2 watak utama iaitu Seorang Lelaki Tua dan Seorang Wanita Tua, keduanya suami isteri berusia 170 tahun (mhampiri 2 abad) yg sdg menanti saat mereka dijemput 'kematian' & dibantu seorang watak wanita pembawa lantera tanpa dialog. Set, props, busana & tatarias yg minimal bsesuaian dgn konsep serta plot cerita yg byk mgunakan imaginasi pementas dan penonton secara kolektif. Byk permainan emosi, humor, realiti & fantasi spjg pementasan. Penyampaian 2 watak utama yg kekal dlm karakter sy berikan kredit tapi I wished they could play more with expression: sedih, gembira, tawa dan tangis. Ianya diselitkan elemen puitis, sedikit 'berat' & mungkin bukan 'makanan' majoriti penonton tapi sebuah pementasan sulung yg baik dari Unit Luar Kampus. Les Chaises dibantu skor-skor lagu & sebutan karya masyhur Perancis. Lagu dinyanyikan Lelaki Tua: #anakkecilmainapi (Warisan) ciptaan: Tan Sri Nordin Kardi "Anak kecil main api Tbakar hatinya yang sepi Air mata darah bcampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman" Esok: #sasakala KK12 (at Panggung Eksperimen @ Universiti Malaya)















