New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/02/15/perak-ungguli-carta-liga-super/
Perak ungguli carta Liga Super
KUALA LUMPUR, 15 Februari :
Pasukan Perak memintas kedudukan LionsĀ XII dari Singapura di persada Liga Super selepas mengalahkan Angkatan TenteraĀ Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, pada Sabtu.
Dua gol skuad āThe Bos Gaurusā disumbang oleh kapten pasukan, Mohd NasirĀ Basharuddin pada minit ke-21 dan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan pada minitĀ ke-53.
Kedudukan berkenaan dijangka berubah apabila Kelantan menerima kunjunganĀ Lions XII pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu,Ā hari ini.
Perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan malam ini, ditunda bagiĀ menghormati pemergian bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul AzizĀ Nik Mat yang meninggal dunia akibat kanser prostat pada Jumaat.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelab Felda United FC turut mengutipĀ tiga mata penuh selepas membenam Sime Darby FC 3-0.
Tiga gol skuad āThe Fightersā dijaring oleh Ahmad Syamim Yahya pada minitke-12, Makeche Ndumba (15ā²) dan kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan pada minitĀ ke-77.
Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak melakar kemenangan selesa 3-1 keĀ atas Terengganu.
Sarawak bermula cemerlang menerusi gol Billy Mehmet Osman pada minit ketigaĀ sebelum Ashri Chuchu menggandakan kedudukan, dua minit kemudian.
Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel merapatkan defisit jaringan untukĀ Terengganu pada minit ke-14 sebelum Joseph Kalang Tie mengesahkan kemenanganĀ mutlak Sarawak pada minit ke-39.
Dalam pada itu, Pahang gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiriĀ selepas terikat seri 1-1 menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Penyerang import dari Argentina, Matias Conti meletakkan skuad āTok GajahāĀ di hadapan pada minit ke-58 sebelum Andik Vermansah menyamakan kedudukan untukĀ Selangor, enam minit kemudian.
Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak perlawananĀ selepas pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal dilayangkan kad merah oleh pengadil,Ā Nagor Amir Noor Mohamed kerana mengutip kad kuning kedua.
Juara bertahan, Johor Darul Taāzim (JDT) pula dikejutkan dengan kekalahanĀ 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Shah Alam.
Penyerang import dari Gambia, Mohamadou Sumareh muncul wira skuad āThe CopsāĀ menerusi jaringan tunggal pada minit ke-75.