TAMBIAU FOREST HOUSE RANAU [4K] HIKING & CAMPING SPOT
TAMBIAU FOREST HOUSE Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Bertemu lagi kita di dalam channel ini.Terima kasih kepada subscribers yang terus menyokong channel ini dan yang baru menonton saya ucapkan selamat datang. Perkenalkan saya Zig,kali ini saya akan bawa anda menjelajah ke sebuah tempat hiking dan camping yang terletak di Kampung Tambiau. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tambiau Forest House adalah 106km dan mengambil masa kira-kira 2 jam 13 minit untuk sampai.Jarak dari Pekan Kundasang ke Kampung Tambiau pula adalah 13km dan mengambil masa kira-kira 22 minit sahaja. Di sini kamu boleh beli bata dan tuliskan nama kamu,kemudian bata tersebut akan disimenkan pada dinding yang belum siap sebagai tanda atau kenangan kamu berada di tempat ini. Bunyi kicauan burung dan serangga hutan amat menenangkan sekali sampai terlelap. Kebiasaannya para pendaki akan mendaki bukit ini sebelum matahari terbit kerana pemandangan matahari terbit di sini sangat cantik.












