Selesai kelas silat buat minggu 16. Kali ini saya buka rahsia ilmu perang melayu. 3 kaedah asas atau teknik bunoh orang ketika perang iaitu tikam parang tetak. Nampak mudah tapi kalau tak mahir aplikasi ini akan gagal bila bergaduh di luar. Akibatnya bahu kena tetak, kepala kena parang, tangan putus dan lain. Saya sendiri sudah lihat ramai pesilat cedera dan terkehel akibat ambil mudah teknik ini. InsyaAllah saya akan buat video khas mengenai kaedah ini.. kalau di kedah perlis perak depa panggil silat pulut, gayung pulut atau bergayung. Kaedah2 ini sesuai dengan bentuk dan fizikal bangsa melayu. Inilah indahnya silat melayu berbanding seni mempertahankan yang lain kerana tekniknya mudah dan kemas. Sesuai dengan adat istiadat melayu yang amat teliti dan berpegang kuat pada adat selagi berlandas syarak. Silat untuk semua. #silat #senisilat #silatmelayu #silatmalaysia #psgfmofficial #pesonamalaysia #worldsilatfederation #fsruitm https://www.instagram.com/p/CLg2pXsBgWUMC8qtkg8RDki6_8JOL-L9938cN40/?igshid=1i94823znr82p