FIRST TIME Hari ni untuk pertama kalinya saya berjaya mengopek 5 biji buah kelapa tua. Punyalah mencabar! Terkial-kial.. Dan juga ada risiko bahaya sekiranya tersilap kopek kulit kelapa tersebut. Saya menggunakan kaedah tradisional mengopek kulit kelapa tua menggunakan sebatang besi tajam yang dipacak tegap ke tanah. Kelapa kemudiannya dikopek satu persatu. Entah betul atau tidak cara yang saya buat. Tak tahu sebab hanya pandai-pandai sendiri. Alhamdulillah berjaya kopek dengan segala susah payah. Kelapa ni memang nak digunakan untuk persiapan Aidilfitri nanti. Nak melemang dan merendang :) Sebenarnya boleh je terus beli kelapa parut. Itu pilihan yang lebih mudah tetapi tidak ekonomi :P Agaknya bila bila kali terakhir anda melakukan sesuatu untuk kali pertama? Kita kena berani mencuba perkara baru namun perlu juga dikira-kira risiko yang ditanggung, calculated risk kata orang Kuala Selangor :) Salam kejayaan! #SaifulNizam #SuccessMagnet #Like4Like #KualaSelangor P/s: Saya hanya sertakan gambar tersenyum sahaja. Gambar mengopek kelapa agak seksi untuk ditayangkan kepada umum! (at Kuala Selangor)














