New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/06/aceh-sembur-cat-pada-wanita-berpakaian-ketat/
Aceh sembur cat pada wanita berpakaian ketat
PETALING JAYA, 6 Disember:
Beberapa keping gambar memaparkan penguatkuasa Islam di Aceh sedang menyembur cat kepada wanita yang berpakaian ketat mendapat perhatian meluas di media-media sosial.
Facebook Oh! Media yang memuat naik gambar berkenaan turut dikongsi 455 pengguna di mana 479 komen dicatat serta lebih 9,200 menyukainya.
Ada yang berpandangan kerajaan Malaysia terlalu memberi fokus kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berbanding hukum Allah.
Malah, ada juga yang bertanya sama ada cara itu betul ataupun tidak.
Namun, ada juga yang memikirkan tindakan itu satu pendekatan psikologi.
@Zawawi ZaujjAthiqah Kerajaan malaysia lg suka bt penerangan ttg gst dri menerangkan hukum hudud..kalau amik masa 1jam tiap2 hari terangkan ttg hudud kan bagus..buat dlm setiap bahasa…baru semua kaum dpt maklumat ttg hukum ciptaan Allah…
@Ridwan Al Asyi Saudara2 sekalian.. Saya orang aceh(asyi) Ini adalah sebahagian kecil usaha dari para alumni pondok dalam memartabatkan Islam di aceh..Ini berlaku di bandar lhoksukon..Tpi sebelum ni berlaku Dah banyak pasang banner/spanduk tentang cara berpakaian yg syar’i.. Tpi ramai yg buat x tau..
@Hazrul Liverpool Spray tu cara psikologi…supaya lepas ni bringat…sgguh pn lepas dspray tu depa tutup aurat sebab trpksa,tp bgus sbb xmnarik mata lelaki nk lihat….positif xdak lgsg…kiqa nk hentam ja,….kita xbleh nk maju sbb prngai2 mcmni laa….buat pun dak lg dah kata xbleh….islam tu mudah,kita yg buat bg payah…aduihh
Pada 1 Januari 2010, Aceh telah melaksanakan hukuman undang-undang syariah di mana golongan wanita dilarang memakai pakaian ketat sehingga menjolok mata.
Malah, pentadbiran di Aceh juga melarang penjual daripada menjual seluar jeans dan pakaian ketat kepada wanita.
Raja Muda Barat Aceh, Ramli MS mengarahkan pihak berkuasa supaya menahan mana-mana wanita yang tidak berpakaian mengikut tuntutan Islam.
Ramli berkata, dia tidak melarang wanita daripada memakai seluar panjang tetapi melarang memakai seluar panjang ketat.
“Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, seluar mesti meliputi buku lali dan longgar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Aceh Siswazah Persatuan Pelajar Sayuti Abu Bakar berpendapat, pelaksanaan undang-undang itu sangat perlu bagi menapis pengaruh barat dan untuk memelihara kesucian Islam.
Terdahulu, Aceh juga telah menguatkuasakan undang-undang yang melarang wanita menaiki motosikal dengan meletakkan kaki di kiri dan kanan motosikal kerana dianggap tidak wajar dan tidak Islamik.
Datuk Bandar, Lhokseumawe Suaidi Yahya berkata, wanita perlu meletakkan kedua-dua belah kakinya di sebelah sisi motosikal supaya maruah mereka lebih terjaga.