Baru Berkesempatan Menonton Filem ๐ญ.. . Walaupun filem ini mengundang kontroversi namun perlu dinilai dengan menonton terlebih dahulu seperti mana disaran oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan Perlis ๐ค. . Bagi saya cerita ini lebih dramatik dan sadis berbanding filem Paskal the Movie. Ini kerana filem selain daripada Bukit Kepong arahan Allahyarham Jins Shamsuddin, filem ini juga memaparkan ramai anggota pasukan khas PDRM yang terkorban akibat menentang gerombolan terrorist/ ajaran sesat. Hampir satu skuad pasukan khas terbunuh (tidak diterangkan dalam filem ini samada dari unit UTK, VAT69 atau Bahagian CT E8) namun itulah gambaran secara realiti jika golongan yang terpengaruh dakyah Daesh / IS bermaharajalela dan tidak dihindar pasti rakyat yang menerima azab dan musibah. ... . ... kerana itu saya antara sebilangan orang yang tidak menyukai akta SOSMA, POTA dan POCA dimansuhkan. .. Keselamatan negara mungkin terdedah kepada ancaman sekiranya SOSMA, POTA dan POCA tiada dalam peruntukan perundangan sebagai mekanisme pencegahan. ... Paling baik dipinda untuk menambah baik dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintah. . Berbalik filem ini watak antagonis Hafsyam / Saifย (seorang pengikut ajaran sesat yang sangat ekstremis) dilakonkan oleh Hasnul Rahmat berjaya menjiwai watak ganas dan merbahaya berbanding dua aktor watak utama Shaheizy dan Zizan yang agak tenggelam... Tidak keterlaluan dikatakan lakonan Hasnul Rahmat mampu menyamai watak Joker yang dibawa oleh Heath Ledger dalam filem The Dark Knight ๐ฆ. . Begitu juga sound effect bunyi letupan dan tembakan senjata yang 'real' seperti mana dalam filem Heat (lakonan Robert De Niro). . Mungkin ada yang risau operasi PDRM akan terjejas dengan adanya filem ini. Namun begitu, sebenarnya operasi khas tempur PDRM lebih baik dan kompleks berbanding dipaparkan dalam filem ini ... Apa pun bagi yang belum melihat cerita ini jom ke panggung & selamat menonton! . . . . . . . #PolisEvo2 #Film #Cinema #Wayang #Outing https://www.instagram.com/p/BrArCCrnV0A/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=85pzubwt5d9q