Kisah ni diceritakan dari pengalaman sebenar. Nama dan tempat kejadian dirahsiakan atas sebab privasi dan keselamatan mangsa. Seperti cerita benar yang lain, sesetengah cerita yang disampaikan akan kedengaran seperti tidak masuk akal, oleh itu di nasihatkan pembaca menerima cerita ini mengikut kepercayaan masing masing. Jika mendapati cerita ini tidak sesuai sila abaikan dan teruskan hidup anda dengan membaca lebih banyak bahan bacaan seperti komik dan surat khabar atau pun buku teks sekolah. Bahawasanya jika kita membaca kitab suci tidak kira apa pun kita akan baca sesuatu yang tidak masuk akal tetapi itu adalah dari kita menilai sendiri kerana kita diberi akal untuk berfikir.
Bapa sy meringkuk dalam penjara selama 20 tahun akibat kesalahan merompak bersenjata. Sy berusia 10 bila dia menerima hukuman dan semasa dia dibebaskan sy berusia 27 tahun. Dia bebas tiga tahun lebih awal kerana rekod disiplin yang baik dan dia dihormati oleh banduan yang lain kerana kebaikan dia dan kerajinan buat apa sahaja yang disuruh.
Sy rindu bapa sy tetapi bila sudah dewasa dan waktu sekolah menengah, sy malu dengan ejekan kawan yang lain. Bila keluar sekolah dan mula bekerja, sy mula menerima yang tidak kira dia banduan atau tidak, dia tetap bapa sy. Setelah hampir sebulan dia bebas baru sy balik ke rumah jumpa dia. Mula² tu janggal juga tapi lama² ok juga lah. Sy memang bekerja di syarikat surat khabar jadi sy memang ada merancang sy mau menulis cerita dia waktu dia sudah bebas. Cerita² dia semasa meringkuk dalam penjara. Apa yang sy dengar untuk dua jam yang pertama tu memang buat gastrik sy keluar bukan pasal lapar tapi pasal perut sy jadi kecut. Jadi kalau anda ni mengandung atau memang penakut bagus berhenti membaca sekarang kerana apa yang kamu baca ni akan membayangi fikiran kamu.
Untuk maklumat anda, bahan tulisan sy ni, sy rancang untuk diterbitkan bukan untuk bahan bacaan santai² jadi apa yang sy dengar akan sy sampaikan dengan sebenar benar nya. Kalau kamu pasti, sila ikut pengembaraan sy. Jika tidak pasti, sy akan jumpa kamu dalam cerita yang lain.
Bapa sy ditahan dalam penjara xxxxxx selepas hari lahir dia yang ke 25. Penjara 20 tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan merompak dengan menggunakan senjata dengan tujuan mendatangkan mudarat atau kematian. Itu adalah beberapa tangga dibawah seksyen 302 hukuman gantung sampai mati. Penjara ini memang menempatkan banduan yang tegar atas kesalahan yang besar dan bahaya.
“Hari pertama tu memang la menakutkan pasal kami dibogelkan dan seluruh lubang dalam badan akan di periksa sebelum dan selepas keluar dari setiap bilik dalam penjara. Kami ada masa tidur, masa makan dan setiap detik ketika kita makan tu akan dikira dan kemudian kami dihumban kedalam sel bersama 3 lagi banduan lain. Kami akan diajar peraturan dalam penjara dan mana katil adalah kepunyaan kami selama kami meringkuk dalam penjara tu. Malam pertama tu...masa tu lah kami tersentak apabila fikir yang sini rumah kami dan sini lah tempat hidup kami mulai dari saat ini. Hilang kebebasan dalam hidup dan ketidak upaya dalam menentukan hidup dalam penjara ini lah yang paling perit sekali. Rindu anak bini jangan cakap lah memang meraung lah hati macam di siat². Kalau lah dapat aku ubah apa yang dilakukan pada hari itu. Itu lah sikap manusia
"kalau lah aku dapat ubah- bila semua sudah terlambat bukan sebelum nya”. Inilah kata2 bapa sy.
Bapa sy mula biasa dengan rutin yang diberi selepas beberapa bulan. Untuk tidak fikir yang bukan, dia sibukkan diri dengan tugas yang diberi. Kalau boleh dia buat apa sahaja yang dapat untuk mengelak dari dia mula memikirkan tentang anak bini yang diluar sana. Dia mula belajar dari kelas kemahiran hidup dan kemahiran yang dia minat adalah plumbing.
Selepas lulus ujian kemahiran dia menjadi plumber atau tukang paip untuk bangunan A. Ada bangunan A dan B. Setiap bangunan ada 10 sel utama dan setiap sel utama ada 12 bilik sel dan setiap bilik sel tu boleh masuk 1-4 banduan. Setiap sel utama tu ada ruang rekreasi ditengah² dimana banduan boleh duduk lepak ketika waktu rehat mereka.
Setiap sel utama juga ada sel asingan/segregation yang digelar A seg - Z seg. Sel asingan ni untuk banduan yang buat salah lagi walau dalam penjara macam bergaduh, memukul pegawai penjara, membunuh banduan lain dan sebagainya. Mereka akan dimasukkan dalam sel asingan (selepas ini sy akan gelar sel ini sel seg) ni keseorangan tanpa lampu di hujung bangunan yang sunyi dan menakutkan untuk tempoh masa yang lama ikut kesalahan semasa dalam penjara itu.
Dalam banyak² sel seg, seg M adalah yang paling digeruni oleh banduan atau pegawai penjara. Seg M ni menurut mereka adalah sel seg yang berpuaka. Bukan menakutkan tapi berpuaka, makna nya sudah konpom ada benda tu disana dan sudah pernah di lihat oleh banduan atau pegawai penjara. Hari pertama sy dalam penjara sudah diberikan amaran supaya jangan membuat apa² masalah jika tidak mau dihumban kedalam seg M. Sy tanya pada salah 1 banduan lama disitu apa tu seg M.
“Orang yang masuk dalam seg M tu antara 2 saja- dia keluar dari tmt tu berubah atau tidak akan keluar dari situ langsung. Pak jaga semua tau ni tu la sebab derang tu penuhkan seg yang lain dulu, atau pun kalau ada budak mentah yang baru masuk mau jadi jaguh dalam ni kena lah semalam dua dalam seg M tu. Keluar dari sna tu memang berhingus la taubat. Aku ada tanya juga dengan banduan yang pernah masuk dalam seg M tu. Derang cakap tempat tu memang keras la, memang ada sudah dalam tu. Kalau diluar tu, banduan ni bunuh, rompak, rogol macam hantu, kena humban lah dalam seg M tu oleh pak jaga sebagai balasan dengan dosa dia. Kompom nampak punya la, kena kacau. Pagi tu waktu pak jaga tu mau sambut dia bawa keluar memang berak kencing atas lantai, ketakutan minta ampun tak mau buat lagi”. banduan yang lama tu cerita sama bapa sy.
Macam yang awal tadi sy cakap bapa sy jadi tukang paip kan. Jadi satu hari tu lebih kurang 1 tahun sudah lah dia didalam tu dia kenal panggil ke seg M. Ada paip sumbat di bilik hujung seg M. Bilik yang paling berpuaka sekali.
“Biasanya kalau ada sumbat atau leaking, pak guard akan ketuk sel bapa kasitau mana yang leaking lepas tu buka sel bawa bapa pi sana. Hal leaking, sumbat ni, biasa sudah bapa dengar pasal tau lah, banduan² ni bukan nya orang yang berdisiplin jadi macam² la derang kasi masuk dalam lubang tu. Tapi bapa nda kisah juga pasal bapa dapat keluar sel jalan².
Kalau sudah jadi plumber ni, kami kena asing sel. Jadi bapa punya sel, bapa saturang ja tinggal. Dekat la sama opis pak guard supaya senang derang mau panggil kalau ada mau buat.
Satu malam tu, pak guard saturang ni panggil bapa, dia cakap sedia pakai baju ada kerja mau buat di seg. Lepas tu kami pun jalan lah pi arah seg” Bapa sy berenti kjap kasi marak rokok dia. Lepas diam sekejap tu baru dia sambung lagi.
“Kita pi mana chip?” bapa sy tanya pak guard malam tu, si Halim nama dia. Si Halim cakap sama bapa sy, ready² ja, kita pi seg M. Bah, pucat la sikawan tu dengar mau kena bawa pi seg M.
“Alamak, belum pernah lagi sy masuk sna ni chip” bapa sy cakap.
“Tu lah, sy cakap ready² ja. Ada ko bawa sarung tangan ko kah? Ko pakai but getah kan?” halim tanya bapa sy.
“Ada, tapi kasitau dulu lah apa rusak sana jadi tau juga sy apa mau buat” bapa sy pujuk si Halim.
“O.k, sana bilik seg M tu ada satu tu sel ada masalah sikit. Tapi sy belum pernah lagi nampak begitu punya masalah”. Bilang si Halim.
Bapa sy telan air liur dia sudah, pucat dan takut pasal biasanya kalau dia kena suruh buat kerja tu, dia kena kasi tinggal ja sna tu sel buat kerja. Pak guard tu akan pi tempat lain, sampai la masa mau bawa dia balik pi sel dia kalau sudah siap.
“Ala chip, cakap la bah apa masalah. Ko ni kasi gantung sy ja.” bapa pujuk lagi si Halim.
“Bah, bah yalah. Tu si palui tu mau bunuh diri dia sana tu seg M. Sy tidak mau bah cakap sama ko ni nanti ko ketakutan belum lagi sampai sana, tapi ko paksa juga kan. Sy pun tidak tau la dari mana dia dapat benda tajam, tapi dia pi potong tu loloi dia, baru buang sna tu lubang tandas. Habis berdarah tu lantai sana. Masa kami sampai mau tangkap dia kasi keluar dari tu sel, dia buang tu biji kontol dia sama kami, kin gali betul. Biji dia kami jumpa tapi tu loloi dia tidak jumpa jadi kami agak dia buang dalam tu lubang, jadi kerja ko pulak mau kurik tu lubang cari tu loloi dia.” si Halim cakap sama bapa sy.
“LOLOIIIII? Aduhhhhh, tiada sudah benda lain dia mau putung kah tu. Haiyaaaaaa, sekarang sy pulak mau cari tu loloi dia…..buduh punya orang tu tau!” bapa sy mengadu sama si Halim.
“Apa buli buat lah bro, ko sama sy sama saja, hanya buat kerja masing². Kerja ko, ko buat. Kerja sy, sy buat. Pasal tu loloi tu, sy pun tidak tau lah apa mau cakap tapi sy pun macam ko juga heran napa dia putung tu loloi dia yang banyak guna untuk dia” Halim balas selamba ja sama bapa sy.
Masa bapa sy sampai sna gate seg M, ada saturang pak guard jaga luar tu sel, dan ada saturang banduan yang tunggu sama mop dia. Lepas bapa sy siap sudah nanti baru tu banduan satu mula mop tu lantai.
“Masa kami sampai tu gate yang pisah tu seg M sama sel yang biasa, bapa bgagar sudah lutut tangan. Bila kena buka tu gate, bapa tengok dalam punya lah suram tu tempat. Sepanjang tu koridor gelap ja macam dua tiga ja tu bulb lampu kena pasang diatas tu siling. Tu bekas darah dari mula kami jalan masuk sampai lah sana di hujung tu bilik seg M.
Dalam ni blok seg M ada 14 sel yang pintu dia ialah besi tebal. Tiap pintu sel ada satu lubang panjang yang boleh buka dari luar dan tutup dari luar untuk kasi masuk tu tray makanan. Dari tu lubang panjang tu lah, tu biji kontol kena humban pi arah tu guard yang masa tu mau masuk pi dalam tu bilik sel. Dari ruang bawah tu pintu besi bapa nampak tu darah mengalir keluar.” Bapa sy cakap tapi berenti lagi marak rokok. Sy nampak tangan dia begegar.
“BUKA BILIK LOKAP 13” si Halim teriak sama guard yang jaga tu seluruh blok seg M yang bilik kawalan dia semua kaca dan tinggi untuk senang dia tgk arah bawah.
“Masuk ja bapa dalam tu bilik sel punya banyak darah. Tilam tu pun basah oleh darah. Dinding, siling pun bdarah. Tu lubang tandas memang penuh sudah tu sumbat air sampai keluar sudah pi lantai. Bapa pakai gelas ja pindah tu air dari lubang tandas pi baldi. Yang kin sumbat tu lubang tandas pasal ada tisu kena simpan dalam tu lubang. Bapa kurik2 tu tisu sampai lah keluar. Tu tisu bapa rasa macam ada benda didalam dia. Bapa buka lah pelan² tapi belum habis buka, bapa dengar bunyi dari tu saluran tandas yang memang kena pasang di atas siling. “Tunkkkkk, tunkkkk, tunkkkk” tu bunyi macam ada benda yang merayap didalam dia. Tu saluran punya hujung menurun pi bawah jadi kalau ada benda jalan pun dia susah mau turun pi bawah tu saluran pasal sempit tu hujung dia. Bapa seram sudah. Cepat² lah bapa buka tu tisu, memang ada dalam tu loloi kena tapuk. Bapa teriak lah sama guard yang jaga luar tu sel. Nda lama si Halim datang bawa baldi isi ais dan amik tu loloi kasi masuk tu baldi.
Masa kami jalan keluar dari tu bilik pi arah tu koridor untuk keluar dari tu tempat, tiba² ja mati karan. Bahhhh punya gelap, gila eh. Trus bapa dengar tu benda dalam tu saluran paip tadi “btunkkkkk btunkkkkkk btunkkkkk” macam berabis dia kasi muat juga tu badan dia mau keluar dari tu hujung saluran.
“Semua diam. Semua diammmmm!” dia teriak padahal bapa dengar bukan banduan dalam blok seg M yang bising tapi tu benda yang sedang berabis mau keluar dari tu saluran paip tandas pi bawah.
Kalau dia tkluar dari tu saluran paip pi bawah, dia akan landing ngam² atas tu tilam bilik seg M. Si Halim suru bapa mengadap pi dinding sambil dia jalan pelan² pi arah tu bilik sel yang bapa baru keluar tu.
“tunkkkkkk tunkkkkkk BLOPPPPPPPP PLASHHHHHH”
“Apa tu” si Halim teriak.
Bapa cakap sama dia tu bunyi datang dari bilik hujung yang bapa kasi bersih tadi.
Yalah, si Halim cakap tapi apa bunyi tu tunk tunk. Bapa cakap tu bunyi macam ada benda yang berjalan atas tu ruang saluran paip.
Jadi apa tu bunyi kuat tadi BLOOPPPPP PLASSHHHHHH tu. Halim tanya bapa. Sy rasa tu benda sudah dapat lolos dari tu saluran paip dan dia ada dalam tu bilik hujung seg M. Halim terundur pi belakang.
Dari dalam gelap tu bapa perasan yang dia makin dekat sama bapa.
“WOIIIIIIII BUKA GATE NI CEPATTTTT. ADA BENDA SNI DALAM NI SIALLLLL. GELAP KAMI TIDAK NAMPAKKKKKKKK, BUKA CEPATTT!” si Halim berabis teriak tu bilik kawalan supaya buka.
“SABAR, SY TIDAK DAPAT OVERIDE TU SISTEM KAWALAN. SEKEJAP SY CARI DULU MANUAL” Pak guard yg atas bilik kawalan tu teriak balik.
Di sebalik derang teriak² tu bapa dengar macam bunyi pintu sel hujung yang tempat bapa kasi bersih tadi tu terbuka.
“Ngeeeekkkkkkkkkk krekkkkkkkkkkk ngekkkkkkkkkkkkk”
Permulaan bapa sy dengar tapak kaki yang macam tu orang berkaki ayam ja berjalan.
“Prekkkkk prekkkkkk proooppppp” Lepas tu ‘ SCRETTTTTtttttt scretttttttttt” bunyi mcm tu benda atau orang jalan tp kaki geser tu lantai pi arah bapa sy sama si Halim.
Dari gelap tu bapa sy nampak bayangan orang berjalan. Badan dia bongkok pi depan tapi lain bongkok dia macam bukan cacat tapi mcm kena langgar kereta.
“SCREEETTTTTTTTTTTT sctrettttttttttt screttttttt scrtettt scrtettttttttt” makin laju tu tapak kaki pi arah bapa sy sma si Halim yang sudah diam tengok pi arah tu benda.
“Scretttett SCRETTT scretttt scrtettt ploppppp plopppp plopppppppm ploppppppp “ tu bunyi makin kuat dan makin mendekat.
Rupanya tu benda berlari laju pi arah bapa sy sama Halim.