Raikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri Ceria bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls Sesi bertemu Dua rakan baik yang disayangi ramai, siapa lagi kalau bukan, SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick star akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di daratan buat kali pertama di WCT Malls! Bertemakan ’Seronoknya Raya’, kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan Iagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm P1), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan gateway@k|ia2. Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, ruang legar WCT Mall akan dihiasi menjadi dunia magis bawah Iaut yang akan memeriahkan lagi musim cuti peminat setia mereka. Selain dapat bersama mereka, peminat, keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya, Patrick Star. ”Untuk menyebarkan sinar harapan dan kegembiraan bagi komuniti yang memerlukan pada bulan suci ini, Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ’A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drive’ bagi membantu ibu-ibu tunggal. Program amal yang dianjurkan adalah untuk meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.” @paradigmpj #paradigmpj #paradigmmall (at Paradigm Mall Petaling Jaya) https://www.instagram.com/p/BxzyeDahuE5/?igshid=zpgf51y737lq