New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/119902/rating-rakyat-atau-fitch-patut-zeti-dan-najib-takuti/
Rating rakyat atau Fitch patut Zeti dan Najib takuti?
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
1. Saya menarik perhatian pembaca kepada komentar Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mempersoalkan asas kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan ke atas Malaysia yang dibuat pada sesi pleno di Persidangan Invest Malaysia 2015 semalam.
2. Zeti membandingkan negara serantau lain dan mendakwa Malaysia sekurang-kurangnya setanding, malah mungkin lebih baik di segi prospek pertumbuhan dan prestasi serta âfundamentalnyaâ.
3. Persidangan 2 hari yang bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia dan CIMB Group untuk kali ke-11 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
4. Membaca dari teks ucap utama, Najib yang juga menteri kewangan lazimnya memberi anda satu gambaran ekonomi dan kewangan negara ini sangat baik dan dalam unjuran mencapai negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020 atau lebih awal.
5. Kalau sudah baik dan sihat semuaya, mengapa badan badan penarafan seperti Fitch Ratings dan juga para âanalystsâ lain termasuk kami pembangkang, perlu sibuk dan membuat ramalan dan telahan yang negatif ?
6. Sebelum itu, apa benda âpenarafanâ yang mereka hebohkan sangat? Sedikit kuliah pencerahan Kewangan 101. Apa kepentingannya? Tidak susah sangat hendak faham, bukanlah ârocket scienceâ.
7. Ringkasnya âpenarafan kreditâ atau âcredit ratingâ adalah penilaian ke atas kemampuan penghutang membayar semula hutang. Credit rating dijalankan ke atas negara (penarafan kredit sovereign) dan juga syarikat, yang menerbitkan sekuriti hutang seperti bon dan sukuk (bon Islam).
8. Contoh agensi ialah Standard & Poorâs, Moodyâs dan Fitch Ratings termasuk sebuah syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa yang bernama Rating Agency Malaysia (RAM).
9. Credit rating memberi markah atau penarafan contohnya dengan markah AAA, AA+, BBB+, B- dan seterusnya. Semakin rendah credit rating semakin berisiko tinggi untuk pelabur melabur (membeli dan berisiko tinggi untuk default atau tidak membayar hutang (bon).
10. Selain daripada itu credit rating agency juga meramal atau memberi pandangan mereka tentang keadaan risiko hutang sesebuah negara samada positif, negatif atau stabil.
11. Nah, di sinilah yang dipertikaikan Gabenor BNM itu. Sementara Moodyâs memberi penarafan positif, Standard and Poor (S&P) mengesahkan penarafan stabil untuk Malaysia. Fitch Ratings pula meletakkan penarafan Malaysia sebagai negatif.
12. Untuk pengetahuan pembaca, penarafan Malaysia kini berada pada A-/A3. Ancaman untuk diturunkan satu ânotchâ atau âtanggaâ oleh Fitch Ratings bermakna meletakkan Malaysia pada kedudukan BBB+/Baa1.
13. Apakah makna semua ini? Secara impaknya, kalau berlaku penurunan atau âdowngradeâ credit rating, kesannya antara lain, terhadap nilai matawang ringgit Malaysia, pasaran bursa saham dan juga nilai pasaran bon serta pastinya kenaikan kos pinjaman.
14. Boleh juga berlaku penjualan saham dan bon oleh pelabur luar (sell-off in both equities and bonds) secara knee-jerk atau mendadak kerana mereka cemas dan takut tentang keupayaan kewangan negara.
15. Kesan-kesan awal sudah mula dirasai semenjak Fitch menurunkan kredit Malaysia sebagai negatif Julai tahun lalu dan semakin ketara semasa nilai ringgit terus susut tambahan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
16. Sebagai contoh khusus, CIMB melaporkan kos satu instrument insuran 5 tahun, untuk risiko pinjaman tidak berbayar, yang bernama CDS atau âCredit Default Swapâ mengalami kenaikan kos sebanyak 122 basis point atau 1.22%. Perbandingan dengan jiran Indonesiadan Thailand juga disertakan.
17. Namun Najib dan Zeti tahu rakyat sebenarnya tidak faham pun apa yang dipertikaikan tentang pernarafan dan kesan terhadap kewangan negara!
18. Ya, yang mudah difahami rakyat hari ini ialah kewangan negara tidak diurus dengan baik sehinggakan kerajaan secara wajib, memungut cukai (GST) dari semua rakyat. Tidak mengambil kira umur, pendapatan dan kekayaan, warga emas atau bayi, status pekerjaanâpesara atau berkerja penuh masa atau kerja sendiri atau kerja kampung; mengambil upah petik kelapa sawit atau buah kelapa, golongan asnaf atau jutawan atau bilionair, OKU atau yang sihat walafiat.
19. Yang ini rakyat faham dan kini MARAH!
20. Najib dan Zeti wajar diberi amaran sekali lagi, rakyat hari ini meletakkan seluruh kepincangan mentadbir-urus kewangan negara dipersalahkan kepada kepimpinan Umno-BN yang kini di bawah kepimpinan Najib.
21. Untuk secara lebih khusus buat Zeti, tolong respon persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini, yakni tentang aliran keluar dana secara haram sebanyak RM1.2 trillion sejak 2002, seperti yang didedahkan oleh Global Financial Investment (GFI). Ternyata sehingga kini, tidak diambil apa-apa tindakan oleh BNM!
22. Untuk Najib pula selaku terlalu banyak. Tetapi secara spesifik buat yang berdegil untuk kekal sebagai menteri kewangan, walaupun jelas ketidakupayaannya di segi itu dan lebih jelas lagi ketidakupayaannya di aspek-dimensi yang lain, mengapakah 1MDB tidak dipaksa datang untuk menghadiri Invest Malaysia Forum kali ini.
23. Kehadiran 1MDB yang diwakili oleh CEOnya atau âpenasihat istimewaânya, Low Taek Jho atau Jho Low pastinya mampu âmemulihkanâ sindrom âTrust-Deficitâ (Hilang Kepercayaan) yang sedang melanda negara malang ini. Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak, selaku penganjur bersama, secara sinis menyebutkan alangkah baik kalau âelephant in the roomâ di negara ini, maksudnya 1MDB berani hadir sendiri dan membuat penjelasan.
24. Akhir kalam, untuk Zeti dan Najib, tidak perlulah terlalu gusar dengan ancaman Fitch ratings untuk menurunkan atau âdowngrade sovereign ratingâ Malaysia. Sesungguhnya, kita sendiri âmendowngradekanâ negara ini dengan tatakelola dan tadbir urus kewangan negara apabila hilang rasa kebertanggunjawaban dan ketelusan yang hakiki. 1MDB adalah lambang segala kebobrokan urus niaga dan urus tadbir kewangan negara!
25. Kita sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dan kebejatan tatakelola kewangan dan ekonomi negara, lantas berhutang besar, defisit fiskal yang sudah ke-16 tahun, boros, tiris-bocor dan wujud pembolotan kekayaan oleh segelitir super-kaya.
26. Jangan takut kepada Fitch Ratings. Takutlah kepada pertanggungjawaban kepada rakyat dan amanah Allah. Jangan asyik nak âshowcaseâ atau diperagakan fundamentals yang baik sahaja kerana rakyat lebih nampak yang tempang dan jelek buruk.
Sebenar-benarnya rakyat yang celik tahu apa masalahnya.
Meminjam kata-kata Shakespeare di hujung penulisan ini, dengan izin, isunya ialah âTo be or not to be â thatâs the questionâ. â 26 April, 2015.
* Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard â
Now you know donât say thank
var _wau = _wau || []; _wau.push(["colored", "wtnvorzb9sv3", "nnk", "009cba000000"]); (function() var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/colored.js"; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s); )();
User Online