Harini, rasa baby kurang gerak. . Sebab seharian bekerja. . Saya jarang kira pergerakan baby. Just agak2 je. Selalunya, corak pergerakan baby adalah baby akan tidur di siang hari dan aktif selepas saya pulang kerja. . Itulah sebabnya susah untuk saya catat pergerakan baby dalam buku pink. Dan selalu dimarahi nurse. Huhu.. . . So, ibu2 jangan tiru saya ye. Tlg kira pergerakan baby. Digalakkan dari jam 9pagi hingga 9malam(12jam) dan pastikan sekurangnya 10x gerakan. Dan setiap pergerakan baby yang berterusan dikira 1 gerakan sahaja ye.. jgn lebih excited pula kira lebih2 .. . Lepas maghrb, saya baca quran sambil saya usap perut. Dengan harap baby gerak. Tapi, senyap. . Kenapa tak gerak?? Selalu tiap kali saya baca quran dia akan aktif. . Adakah mungkin baby kurang gerak sebab saya kurang minum air sewaktu sibuk bekerja tadi? . Saya pun baring, sambil bercakap-cakap dgn baby dan memujuknya supaya gerak aktif. Dalam masa yg sama, saya goyang2 kan kaki. . Akhirnya, dia gerak. Tp sekejap. Saya goyangkan kaki beberapa kali. Dan kali ni dia gerak dan gerak lagi. . Alhamdulillah. Syukur. . Kalau tak, hospital sahajalah solusinya. . Kalau ibu2 di luar sana rasa baby kurang gerak, anda sepatutnya risau. Terutamanya ibu yang ada masalah darah tinggi, kencing manis atau masalah penyakit kronik. . Kerana, itu mgkin petanda tidak baik buat baby anda. . Dr Ayu 7.03.18 #myheart #everyheartbeatisagift #drayu #moship #babyboy #awating (at Bandar Maharani, Johor, Malaysia)