Pesan Bekerja... Wahai pencari rezeki... Nukilan ini adalah pesan Ingatan bersama pembawa berkat. Bekerja perlu ikhlas, Berkerja perlu tenang, Pabila dilanda masalah, Jangan sekali salahkan orang. Bekerja perlu belajar, Bekerja perlu bertanya, Tidak semua kita tahu, Tak ke mana kalau malu. Bekerja perlu patuh, Bekerja perlu akur, Arahan majikan perlu di ikut, Ambil yang benar tegur yang keruh. Bekerja perlu dengar, Bekerja perlu focus, Maklumat diberi pegang dengan kukuh Barulah dilaksana seperti yang disuruh. Wahai pencari rezeki, Bekerja tak mudah, Banyak halangan banyak yang susah, Biarpun renyah biarpun payah, Asalkan rezeki diredhai Allah... Nukilan: Asyraf Terima kasih kepada semua yang membaca. Just ingatan utk kita bersama. P/s: Gambaq tgh buat kerja time event. Alhamdulillah selesai tp penat (muka tahan letih Ha3) #pesan #bekerja #mencarirezeki #work #share