New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/11/21/blind-akan-rehat-untuk-jangka-masa-panjang/
Blind akan rehat untuk jangka masa panjang
Kecederaan ligamen lutut pemain tengah Manchester United, Daley Blind tidak seburuk yang dikatakan namun beliau masih menghadapi pemberhentian sementara yang “panjang”, kata pengurus MU Louis van Gaal pada Khamis.
Blind, 24, berjalan terincut-incut pada separuh pertama perlawanan persahabatan Belanda menentang Latvia pada hari Ahad selepas mencederakan dirinya dalam satu cabaran dengan pemain Latvia, Eduards Visnakovs.
Jurulatih Belanda, Guus Hiddink, mulanya mencadangkan Blind akan rehat selama enam minggu, dan Van Gaal berkata tahap penuh kecederaan masih belum ditentukan.
“Dia tidak bersedia untuk bermain. Beliau kini mempnyai pendakap di lututnya.
Selepas rehat 10 hari akan mempunyai imbasan lain untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai kecederaan Blind,” kata Van Gaal dalam sidang akhbar mingguannya di Carrington.
“Ia tidak seburuk seperti doktor fikir selepas perlawanan itu, namun ia akan berpanjangan, saya percaya. Tetapi bukan enam bulan atau sesuatu seperti itu.”