Jujurnya ada masa aku langsung jadi tak bermaya, jadi tak kuat, letih harungi hari, menanti minggu, menanti bulan mendatang dengan keadaan dan orang disekeliling. Memaksa diri menongkah arus dalam tanggungjawab kepada keluarga dan orang tersayang, tanggungjawab kepada kerja, tanggungjawab kepada minat yang ingin melihat lahirnya generasi yang bermanfaat kepada masyarakat. Walaupun apa yang dilakukan adakala menjadi bahan gurauan, ejek kan dalam pujian, ditikam dengan senyuman. Namun aku percaya tiap langkah itu telah disusun untuk aku muhasabah diri dan ujian yang mendatang itu juga adalah kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya. #imbedmuo #muhasabahdiri #istiqomah #akubukansiapasiapa #akubiasabiasajer https://www.instagram.com/p/B2MkuUXgXIhJIuYsiwVfdJYGrDVReJpXBb8F5w0/?igshid=nue1ns6n9iw1