Pulau Selakan hanyalah sebuah pulau kecil didalam Kepulauan Tun Sakaran Marine Park yg dihuni oleh 400 orang Masyarakat Islam Bajau dan 100 orang Bajau Laut. Satu-satunya pulau di Tun Sakaran Marine Park yg pewarisnya masih bertahan. Semenjak 2012, kami dan penduduk pulau ini telah berusaha keras untuk memartabatkan pulau ini walaupun menerima terlampau banyak rintangan dan tiada sokongan dari pihak yang sepatutnya membantu orang kampung ini. Namun, kami yakin penduduk pulau ini mampu untuk maju jika diberi peluang dan ruang yang sepatutnya. Antara soalan yg biasa kami terima adalah "adakah pulau ini selamat?", dan yg lebih sadisnya soalan itu datangnya dari rakyat Malaysia sendiri dan bukan pelancong asing. Namun, Alhamdulillah pada 9hb-12hb Februari 2017 yg lepas sedikit cahaya telah terbuka bila rombongan divers Abang Amy Search Suhaimi Rahman, Geng Hafiz Mahmud, Abang Abdul Razak Tamby yang diselia oleh Aminor Azmi dari Red Divers telah berkampung di Pulau Selakan tanpa sebarang kawalan keselamatan dan kos mereka ditampung mereka sendiri tanpa dibayar atau ditaja oleh sesiapa. Kenapa? Kerana niat mereka untuk membantu memartabatkan ekonomi dan legasi orang kampung Pulau Selakan khasnya. Pada malam 11th Februari 2017 juga telah diadakan sessi brainstorming khas bagi membantu penduduk tempatan dari segi ekonomi dan kewangan. Antara yg diputuskan adalah satu projek kemanusiaan khas untuk membantu kommuniti Bajau Laut yg terpinggir. Program berterusan ini dinamakan I LOVE BAJAU LAUT PROJECT. Dan pada 14th February 2017, satu bantuan kemanusiaan segera telah di hantar ke 15 keluarga kommuniti Bajau Laut yg sedang kelaparan. Nak tahu lebih lanjut tentang I LOVE BAJAU LAUT PROJECT? Jom temui kami Team HUGS PROJECT di MITA FAIR 2017, MINES EXHIBITION AND CONVENIENT CENTER,Booth A18-A19: 24th-26th February 2017 nanti. #hugsproject #mitafair2017 #ilovebajaulautproject #humanitybasedtourism #SelakanIsland #tunsakaranmarinepark #bajaulautkids (at Pulau Selakan , Sabah)