Untitled
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful
***
Kau terbang jauh dari seberang Kau terbang meninggalkan sarang Dari kegelapan kau jumpa cahaya terang Ketika itu kerumitan mula serang Mungkin rasa berang dan mungkin rasa garang Yang dalamannya kucar-kacir lenyap semua girang
Yang dalamannya kelam-kabut tercetus peperangan Wahai teman jangan risau kau tak keseorangan
Aku sentiasa punyai masa untuk luang Dalam hati, dalam doa, kau aku takkan buang Aku faham mungkin kau perlukan banyak ruang Yang pastinya bersama kau aku akan berjuang
Warkah ini bukannya kosong tapi bertujuan Pautan berisi, berkongsi pengetahuan Penuh kejujuran ditemani pengakuan Harap kau fahami tanpa sebarang gangguan Harap berpanduan ke arah satu haluan Mari kita teruskan ke pendahuluan
Dan kisah ini benar bukannya kisah pelik Bermula pabila berita ludah dijilat balik Terdengar olehnya aku rebah, jatuh tergolek Aku lemah, kekuatan aku telah diculik Aku buta serta tiada kuasa untuk menilik Apa yang terjadi, aku tak sedar tak celik Tiba-tiba si dia bertukar hak milik Aku terkejut, sungguh mengejut, dia pecah taklik
Lama kelamaan aku terhasut dengan syaitan Lama kelamaan hidup ugama tak berkaitan
Semua kesalahan aku persalahkan Tuhan Tuhan sahaja yang mendengar segala luahan Perit derita tersebar dalam rintihan Kandungan kebencian makin bertambahan Tangisan disimpan, dan diumpan tak tertahan Akhirnya mengalir juga tak berkesudahan
Aku hilang akal, aku tak berakal Dalam akal, tiada lagi cekal Jalan hilang tegak, tiada lagi pangkal Tuhan aku salahkan dan aku yang menyangkal
Dan syaitan mula senyum lebar Nafsu kuasai iman yang hambar Dan atas tanah ini bumi terus berputar Aku makin lama makin kurang pintar Dan di langit pula penuh halilintar Waktu hadir, khabarkan tiada sebentar
Dan mulanya sedar kau minati ugama aku Kau mula rujuk segala ajaran Rasul aku Kau mula agungkan Pencipta yang mencipta aku Aku kaku, terpaku, apa yang telah berlaku?Â
Jikalau kau sendiri sedar indahnya Islam Mengapa aku yang Islam mudah diracun kelam?
Kerana cinta remeh, konon banyak musibat? Betapa kurang cerdasnya perkara yang terlibat Aku mula renungkan segala akibat Aku mula sedar masih belum terlambat Agama aku juga yang telah kau nobat Perlahan-lahan hati aku kau tambat
Yang kekuatan aku tebuskan dengan niat Tunai kewajipan, aku perelokkan tabiat
Ya benar aku cuba untuk merangkak kembali Walau memori lama cari-cari aku kembali Tercari-cari, aku lari hingga aku lali Kisah silam sudah terkubur dan takkan digali
Dan aku mula rasa hadirnya keamanan Apa guna kesakitan dijadikan simpanan? Buang yang keruh, wujudkan saranan Dan pengalaman lepas tinggalkan pesanan: Jangan lukakan hati yang punyai peranan Nanti hati sendiri enak jadi makanan
Kini aku bersyukur kau terima hidayah Kini aku hayati kau ucapkan syahadah Bibir duduk diam, yang gerak hanya lidah Dan tubuh mula hijrah, bagai baru berpindah Islam Ad-Deen, ya sungguh indah
By Fdhln Khair














