Untunglah @hizamoy naik gondola dapat minum air Coke Yurop. . Kah! . Akhirnya kami menuju ke jeti permulaan. Saya pun tak perasan, berapa lama pengembaraan gondola kami mengambil masa. Khayal dengan pemandangan keliling, tapi sebenarnya lebih sibuk berselfie dan bergambar. Hahaha! . Jadi, mahu ulang semula? . Tak. Cukuplah sekali. . Perbandingannya dengan Cruise Sungai Melaka, ada persamaan ada perbezaan. Sungai Melaka laluannya (sungai) lebih lebar, dan untuk memerhati kiri kanan sungai agak jauh. Sebenarnya pemandangan bangunan-bangunan di tepi sungai itu menarik. Ada grafiti, ada kedai-kedai yang dihias gaya retro. Tapi itulah, jauh. Dan menaiki bot (dengan jumlah penumpang yang agak ramai), menjadikan nikmat perjalanan itu kurang. Dan satu lagi, cruise Sg Melaka agak membosankan sebab laluannya adalah sama. . Di Venice, agak bosan juga sebenarnya. Kebanyakkan laluan adalah di celah-celah bangunan, yang tidak seceria berbanding bangunan di tepi Sg Melaka. Untungnya di situ, terlindung dari cuaca panas. Supir gondola juga senyap saja, tak ada berbasa-basi mahu berbual. Apa lagi nak menyanyi soprano seperti yang kau lihat di kaca tv. Tipu semua tu. Kah! . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #italy #italy🇮🇹 #italytrip #venice #veniceitaly #canal #gondola #gondolaride (at Venice, Italy)