CSP Love Letter 📩 [BENARKAH JALAN INI?] 🍁Duhai sahabat, Adakah dikau mengerti dirimu begitu berharga, Adakah dikau diciptakan sia-sia semata, Beruntunglah bagi siapa yang menyucikan jiwanya, Merugilah bagi siapa yang mengotorinya. 🍁Sahabat, Tiada istilah COUPLE dalam Islam, Jika benar si dia menyayangimu, Maka si dia tidak akan merosakkanmu, Malah si dia berusaha menjaga hatinya dan hatimu. 🍁Sahabat, Perhubungan lelaki & wanita hanya kerana dua, KEPERLUAN dan HAJAT, Adakah keluar bersiar-siar bersama itu suatu hajat? Adakah berbalas-balas mesej itu suatu keperluan? 🍁Sahabat, Nasihat ini untuk diriku dan dirimu, Maksiat itu tidak pernah halal, Makin jauh lelaki & wanita itu makin baik, Makin jauh lelaki & wanita itu makin berkat dan ikhlas. 🍁Sahabat, Selagi tiada akad dilafaz, Semuanya hanya fana bahkan menambah dosa, Namun jika akad telah dilafaz, Semuanya halal malah menambah pahala. 🍁Sahabat, Di akhirat kelak kita akan ditanya, Masa, umur, amalan dan harta dihabiskan ke mana? Dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besar perkara, Indahnya bersama berteduh di bawah pepohon syurga. Bagaimana mungkin kita peroleh cintaNya jika ujian cinta sementara ini kita gagal melepasinya? #DirimuBegituBerharga #CegahSebelumParah "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar" "Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Disediakan Oleh: Unit HISBAH Biro/Unit Dakwah Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Sesi 2016/2017















