New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/02/28/pembunuhan-nemtsov-dirancang-teliti/
Pembunuhan Nemtsov dirancang teliti
Pembunuhan pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov pada awal pagi tadi, dirancang dengan teliti, demikian kata penyiasat pada Sabtu.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan maklumat berhubung senjata yang digunakan dan pengetahuan pembunuh mengenai gerak-geri Nemtsov.
“Kami pasti ia adalah jenayah yang dirancang dengan teliti, juga lokasi yang dipilih untuk membunuh beliau,” demikian menurut Jawatankuasa Penyiasatan yang bertanggungjawab menyiasat kes itu, dalam kenyataan pertama mereka berhubung kematian Nemtsov.
Menurut penyiasat, bekas Timbalan Perdana Menteri Rusia berusia 55 tahun itu ditembak di bahagian belakang daripada sebuah kereta, menggunakan pistol Makarov yang selalunya digunakan tentera serta polis Rusia.
Jejak penembak terbabit sukar dikesan, kerana enam kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, dihasilkan syarikat berlainan.
Jelas mereka, pembunuhan itu dilakukan seseorang yang tahu rancangan dan pergerakan Nemtsov.
“Berdasarkan siasatan, Nemtsov dalam perjalanan ke pangsapurinya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian, bersama kenalan wanitanya dan ia jelas menunjukkan dalang serta penembak itu telah dimaklumkan mengenai laluan yang dirancangnya,” kata mereka.