โBILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARIโ
Hassan al-Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,
โBila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.
1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.โ
Kemudian Hassan al-Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.
Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan al-Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : โWahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?โ
Jawab si adik: โSaya ikut pesanan ayah.โ
Si ibu : โApakah pesanan ayahmu?โ
Jawab si adik : โAyah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.โ
Pesan ayah lagi, โKALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.โ โKemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.โ
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : โWahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?โ
Jawab si abang : โSaya ikut pesan ayah.โ
Si ibu : โApa pesanan ayahmu?โ
Jawab si abang: โAyah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.โ
โKedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.โ Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.โ
โMoral of the story Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. . Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta ุงููููฐู ุณูุจูุญูุงูููู ูู ุชูุนูุงููู beri petunjuk, mohon ุงููููฐู ุณูุจูุญูุงูููู ูู ุชูุนูุงููู bimbing kehidupan kita, semoga ุงููููฐู memberikan taufik dan hidayah.
/-











