New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/128826/apakah-chegubard-sudah-jadi-lim-kok-wing-kedua-kepada-najib/
Apakah Chegubard Sudah Jadi "Lim Kok Wing Kedua" Kepada Najib?
Badrul Hisham Shaharani atau Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bercakap pada sidang akhbar di luar Yayasan Kepimpinan Perdana, pejabat Tun Dr Mahathir semalam mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tampil sebagai panel untuk sesi âHot Seatâ #Nothing2Hide. â Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin
Nota: Chegubard pernah datang ke JPM pejabat perdana menteri pada tahun 2009 untuk menghadiahkan kek hari lahir Altantuya kepada Najib yang akhirnya dihalau anggota polis Putrajaya.
Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dipimpin oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard. Beliau adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah bertanding di kerusi Parlimen yang sama pada pilihanraya 2008 tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin.
Pada pilihanraya 2013 lalu beliau lari daripada Rembau dengan bertanding pula di Dun Sungai Acheh atas tiket PKR tetapi turut tewas berikutan wujudnya pertelingkahan dalaman yang menyebabkan Pas juga bertanding di kerusi tersebut.
Dalam PKR, Chegubard difahamkan masih lagi digantung keahliannya sejak Mei 2014 lalu atas kesalahan membuat kenyataan terbuka bahawa proses pemilihan parti itu yang didakwanya berjalan dengan kotor dan tidak telus.
Sejak digantung keahliannya, Chegubard lebih banyak bergerak melalui SAMM yang diasaskannya.
Walaupun secara realitinya SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dirinya juga masih ahli parti itu ( cuma kini digantung keahlian saja ), namun Chegubard nampaknya tidak mahu ketinggalan daripada masuk campur dalam kemelut yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan Tun Mahathir sekarang.
Tetapi tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang kebanyakannya senada dengan perjuangan Tun Mahathir dan sama-sama melihat Najib sebagai musuh bersama yang perlu ditumbangkan, beliau sebaliknya seolah-olah cuba menyediakan âtongkatâ dan âoksigenâ untuk Najib terus bernafas walaupun sebenarnya hanya âkayu lidiâ yang mampu disumbangkannya.
Hakikat bahawa hanya âkayu lidiâ yang mampu disumbangkan oleh SAMM dan Chegubard dalam mempertahankan Najib ialah kerana tindakan cuba menyerang dan memburuk-burukkan Tun Mahathir tidak akan meyakinkan khalayak berikutan tafsiran umum ialah umpama peribahasa âsekilas ikan di air, sudah tahu masak apa yang sesuai dengannyaâ.
Beliau kini bukan saja sedang giat mengedarkan buku kecil berkaitan Tun Mahathir secara percuma, bahkan mulai menjadi âprimadonaâ di sebuah stesen televisyen swasta yang sejak kebelakangan ini agenda utamanya ialah âmembelasahâ bekas Perdana Menteri itu.
Baru-baru ini Chegubard muncul mengecam Tun Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita perdana stesen televiseyen itu dan selepas ini kemunculannya mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.
Chegubard pejuang tegar PKR semasa ditahan polis .
Sementara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri tidak mudah mendapat liputan di siaran berita televisyen tersebut yang kini diuruskan oleh mereka yang rapat dengan Najib, Chegubard yang âkedua-dua kaki dan cap jarinyaâ masih bersama PKR nampaknya begitu mudah diberikan perhatian.
Barangkali inilah hasil âpemikiran luar kotakâ dan âstrategi lautan biruâ para penasihat Najib.
Hari ini Chegubard tampil lagi memberi âkayu lidiâ kepada Najib melalui usahanya mahu mengadakan forum mirip Nothing2Hide dengan cabarannya agar Tun Mahathir sedia tampil sebagai panel untuk menjawab segala dakwaan dan persoalan selama 22 tahun pemerintahan bekas Perdana Menteri itu.
Siapa pun akan melihat tindakan Chegubard ini sebagai âcencaru makan petangâ dan âmemasang lukah di pergentinganâ kerana menyedari kedudukan Najib yang kian tersepit, bukan saja kerana serangan Tun Mahathir serta pembangkang tetapi juga penolakan yang makin ketara daripada rakyat.
Hakikatnya, usaha menampilkan Tun Mahathir untuk menjawab pelhagai isu berkaitan pentadbirannya adalah tidak relevan lagi memandangkan isu sekarang ialah berkaitan kepimpinan dan pentadbiran Najib yang meresahkan rakyat.
Ketika semua orang bercakap dan bimbang mengenai 1MDB, kelemahan Najib dan segala macam masalah dalam negara yang lebih memungkinkan UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang dan negara di ambang bahaya, Chegubard nampaknya lebih prihatin mengenai masa lampau Tun Mahathir. WowwâŚ.
Tun Mahathir sudah melepaskan jawatannya sejak 2003 yang lalu di mana sepanjang eranya kemenangan dua pertiga sentiasa diperolehi dan selepasnya juga sudah ada dua Perdana Menteri yang lain, jadi kenapa hanya sekarang isu berkaitan pentadbirannya mahu dibangkitkan semula?
Tentulah jawapannya sangat mudah difahami oleh sesiapa jua pun yang berkecimpung dalam dunia politik.
Cuma, apakah tindakan Chegubard ini memang dirancang oleh Najib bersama para penasihatnya atau ianya melalui proses pembentangan proposal yang ada skop kerja dan kos yang tertentu?
Jika demikian, kenapa SAMM dan Chegubard yang pro PKR dijadikan pilihan untuk mempertahankan Najib, sebaliknya tidak pula digunakan NGO pro UMNO untuk tujuan itu?
Begitu juga, apakah ini menandakan Najib dan para penasihatnya sudah hilang kepercayaan kepada pemimpinya sendiri, sayap-sayap parti serta ribuan NGO yang setia âberhujan dan berpanasâ dengan UMNO selama ini?
Apakah tidak cukup dengan Lim Kok Wing yang dilantik sebagai koordinator khas kepada Perdana Menteri untuk menghadapi serangan Tun Mahathir, maka SAMM dan Chegubard kini sudah menjadi âLim Kok Wing Keduaâ untuk mempertahankan Najib?
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard â
Now you know donât say thank
var _wau = _wau || []; _wau.push(["colored", "z3iojotwdh6m", "3cm", "ff0624000000"]); (function() var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/colored.js"; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s); )();
User Online