New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/30/jenaka-badruddin-zahid-ceriakan-perwakilan/
Jenaka Badruddin-Zahid ceriakan perwakilan
KUALA LUMPUR, 30 November:
Dalam membincangkan isu peremajaan parti sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya mencuri hati para perwakilan┬аdengan mengkiaskan beberapa┬аperkara┬аmenerusi lawak jenaka.
Antaranya beliau menggunakan metafora waktu solat bagi membezakan usia pemimpin UMNO termasuk Pengerusi Tetap, Tan Sri Badaruddin Amiruddin.
тАЬUmur tidak penting, umur hanya angka.
тАЬKalau puteri, baru lepas subuh, pemuda umur Zuhur, Ketua Bahagian ada Asar ada Maghrib, Ahli Majlis Tertinggi ada Maghrib ada Isyak, tapi yang pasti, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dah lepas Isyak,тАЭ katanya bersahaja ketika menyampaikan ucapan penggulungan di PAU 2014 hari ini.
Seloroh Zahid disambut Badaruddin yang mencelah menyebut┬атАШTahajudтАЩ bagi mengkategorikan umurnya di dalam parti itu.
тАЬDah masuk umur tahajud, kadang bangun kadang tidak, kalau terkejut langsung tak bangun,тАЭ ulas┬аZahid.
Badaruddin sekali lagi┬аmenyahut gurauan┬аMenteri Dalam Negeri itu dengan berkata тАЬTapi kalau dan dia bangun, tak cukup tanah.тАЭ
тАЬKalau bangun yang jadi mangsa ialah mak long,тАЭ tingkah┬аZahid lagi menyebabkan seluruh Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) gamat dengan gelak ketawa perwakilan, sekaligus┬аberjaya menukar suasana tegang dewan.
Tidak lama kemudian, perbahasan┬аbahasa Jawa pula berlangsung antara┬аkedua-dua mereka.
тАЬYang berhormat, тАШmaso udah wes entekтАЩ,тАЭ Badaruddin cuba mengingatkan Zahid bahawa slot beliau berucap hampir tamat.
тАЬBila Acheh tahu cakap Jawa? Dalam bahasa Jawa yang betulnya тАШmaso ne wes entekтАШ, qalqalah kubra dan qalqalah sughra kena betul,тАЭ Zahid membetulkan.
Badruddin┬аmencuba lagi untuk berjenaka dengan mengeja Bismillah menggunakan cara jawa.
тАЬBa di bawah bis, mim mati pukul lam, lam hidup semula bismillah, itu Jawa,тАЭ katanya.
тАЬSaya sahkan betullah itu,тАЭ Zahid menamatkan gurau senda┬аmereka┬аyang cukup untuk menghilangkan mengantuk serta menceriakan perwakilan.