New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/14/kempen-kesihatan-akan-diperluas-ke-negeri-terjejas-banjir/
Kempen kesihatan akan diperluas ke negeri terjejas banjir
KUALA LUMPUR, 14 Januari:
Bersempena Kempen ‘Kembali ke Sekolah, Kekal Sihat Semudah ABC’, Antabax dan Hospital Sungai Buloh akan memperluaskan kempen ke negeri yang terjejas banjir.
Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri dan Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim berkata, buat masa ini pihaknya telah menyalurkan produk Antabax kepada mangsa yang terjejas.
“Kami memang ada perancangan untuk membantu mangsa banjir dan pihak kami juga bersama Hospital Sungai Buloh telah ke kawasan yang terjejas akibat banjir dan mengedarkan produk kami kepada mereka.
“Kami turut menyediakan kempen untuk mengajar mereka khususnya pelajar sekolah berkenaan kebersihan,” katanya di dalam sidang media selepas melancarkan kempen berkenaan di Hospital Sungai Buloh hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim yang turut berbesar hati dengan pelancaran kempen tersebut.
Malah menurut beliau, usaha yang dijalankan pihak mereka ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui cucian tangan.
“Kami di Hospital Sungai Buloh mempunyai kepakaran mengenai penyakit berjangkit. Atas kelebihan itu, kami dengan besar hati bersama pihak Antabax dalam kerjasama kali ini bergerak untuk mengembangkan kesedaran kepentingan cuci tangan kepada masyarakat,” kata Khalid ketika ditemui pada majlis itu.
Dalam perkembangan yang sama, Antabax dan Hospital Sungai Buloh akan mengedarkan 50,000 kit penjagaan Antabax ke seluruh Malaysia untuk diberikan kepada murid-murid di sekolah rendah.
Kit penjagaan tersebut mengandungi ‘hand sanitizer‘, tisu basah dan juga sabun mandian khusus untuk penjagaan kebersihan ini akan diedarkan dalam jelajah kempen tersebut.
Siri jelajah Kempen ‘Kembali ke Sekolah, Kekal Sihat Semudah ABC’ ini akan bermula pada April tahun ini.