Prolog : Surat Cinta Ke Syurga
2 September 2020
Assalamualaikum,
To my dearest love,
Sebelum ni sayang tulis kat notes, untangling my thoughts since you passed away. Sebab terlalu banyak persoalan dan memori bermain di fikiran. Then I plan to stop writing because I know eventually I need to live 'without' you. But, I still want to embrace this moment and feeling, so sayang rasa tulis kat e-mel lagi besar ruang. I’m writing to you, feels like 'talking' to you. Actually it's more like writing to me.
Harini hari ke-42 you pergi. Sayang masih sama, ada hari ok, ada hari tak ok. But getting better insyaAllah. 2 hari lepas, anak kita, 3 tahun alhamdulillah. Dia makin bijak dan cheeky. Ada je trick nak kenakan sayang Sekarang dia asyik tidur lambat. Puas tidur siang kot atau memang saja nak main dengan sayang sebab siang sayang work. She miss you so much. Kadang2 malam dia tidur tak lena. Kalau menangis merajuk, mesti cari you. Kalau dulu sayang mesti nangis sekali. But now sayang dah makin kuat. Sayang cuba tenangkan dia tanpa nangis. Sayang mesti tunjuk kuat depan dia kan? Alhamdulillah bila sayang explain dia faham. So peranan sayang memang penting untuk kuatkan emosi dia. Semalam sebelum tidur, dia cakap dia mimpi ayah. so sayang saja tanya dia buat apa dengan ayah. dia jawab dia main dengan ayah. pastu sayang tanya ayah cakap apa kat ibu. Ibu cakap ibu rinnndu ayah. Pastu dia cakap, 'eh takpe ibu. ayah kan sekarang kat syurga'. Bijak sangattt. insyaAllah.
Ok so sebenarnya nak cerita 31 Ogos buat tahlil untuk you dan atuk2 nenek2. Harap Allah terima amal dan doa kami dan harap sampai pada you. Hanya itu yang kami mampu beri sekarang ini. Lepas tu makan2 dan celebrate birthday anak kita. Seronok la dia ada kek and semua orang nyanyi untuk dia. Mama Ayah and semua adik-beradik you ada sekali alhamdulillah. Mesti lagi best kalau you ada sekali, Tapi rupanya Allah dah preparekan kitorang, since last year you takde sekali to celebrate. Last year you warded. Apa2 sayang still syukur, keluarga kita semua sihat dan kuat silaturrahim alhamdulillah insyaAllah.
Next story, semalam kawan you dari Jakarta message sayang. Tanya khabar you sebab dia dah lama tak nampak update you kat IG. Rupanya dia taktau lagi pasal you. Terus sayang rasa bersalah, patut sayang update IG you terus sekali haritu. Tapi takpelah. So semalam sayang update IG you. Perasaan tu, menyesakkan dada. Taktau kenapa. Maybe because I don’t want to update, but I need to update it. As a final post in your IG. So yeah. Sesak tapi melegakan insyaAllah.
Its already September 2020. Sayang kena move on. AA Plus kata subtle change. I need to change. Ini adalah jalan yang Allah dah tetapkan untuk sayang. Nak taknak, sayang kena terima. I already have a few plans to do. But I don’t want to move on from you too early. At least sampai tempoh iddah. Until then, I will keep cherish our memories, looking at our videos, pictures and conversation. Bila tengok balik semua tu, ada je benda yang sayang belajar, benda baru perasan. Tadi pun scroll balik FB you. Ramai orang cakap baik2 tentang you, sayang rasa sangaaaat bertuah jadi isteri you. Like apa yang diorang cakap tu betul, and I got to know and be with you 24/7 is a blessing. You’re indeed a good man. Sayang syukur jadi isteri you. No words to describe. Alhamdulillah.
Sayang ada banyak lagi nak cakap. Rasa nak cerita kat orang. Tapi kalau cerita kat orang lain, rasa tak puas sebab they don’t really understand. Nak legakan sikit tu adalah. But I like to write like this. Feel much better. Lain hari nanti boleh baca balik hehe. And I know I have Allah to tell in my prayers. Doakan sayang istiqomah menjadi muslimah yang lebih baik, diredhai Allah dan husnul khotimah insyaAllah.
Love you as always, Tunggu sayang di pintu syurga.












