Salah satu haq di dalam persahabatan adalah melontarkan rasa kecintaan kepada orang yang kita cintai, ikhlas kerana ALLAH swt dan dalam perkara yang di benarkan, bukan couple yang haram ya ;) Dan orang yang mendapat kata-kata cinta sunnah menjawab; "Semoga ALLAH menyayangi kamu seperti mana kamu mencintai aku" ♥ ♥ ♥ Antara sunnah yang di anggap kecil tetapi besar impaknya, kan kan kan? ツ Jadi jom zahirkan kecintaan kita kepada ibu bapa, saudara, sahabat handai, dan semua asalkan bukan yang melanggar syariat. Mardhatillah ~ ~ Syarah Kitab Riyadhus Solihin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Hafizahullah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, 17 Rabi' al awwal 1433












