Buat siswi
Knock ! Knock !
“Masuklah, pintu tak kunci.”. Matanya tetap melihat skrin laptop sambil jarinya menari menekan keyboard dan mouse di sisi.
“Kak, sibuk ke?”, dengan ragu juniornya bertanya.
“Sikit, kena siapkan poster untuk karnival minggu Islam. Tapi tinggal nak taip details je. Duduk lah sini, ” lembut dia menepuk katil disebelah mejanya.
“Owh. Maaf ganggu,”
“Takpe,” lebar senyuman diberikan tanda dia tidak terganggu. Matanya kini beralih ke arah juniornya . “ Kenapa ni..?”
“Akak, saya nak minta pendapat. Kalau akak tak kesah lah, ” resah matanya meminta pertolongan.
“Insyaallah. Cakaplah.”
“Erm.. Saya segan kak. Ini soal hati. ” makin tunduk kepalanya berbicara.
Makin lebar senyum yang terukir. Dah agak dah. Benda yang boleh buat budak perempuan upside down cuma makhluk tu je.. ” Kenapa? Ada yang berkenan kat awak ke?”
Rahang jatuh. “Macam mana akak tau ?”
“Skodeng awak lah. Haha”
“ Haha. Patutlah mata tu macam bengkak je. Skodeng saya rupanya, ”
Tawa yang masih bersisa tu dihabiskan sebelum dia tersenyum lagi. ” Tak lah. Akak menghadap laptop tu ler. Akak teka je tadi. Okaylah. Sekarang cerita lah.
“ Okay, cerita nya begini.”
Lebih sejam dia mendengar cerita dari juniornya. Siswi yang dia mula kenal ketika sering naik bas ke kampus sekali. Intake degree baru ni. Umur pun muda lagi. Baru nak merasa alam universiti setelah setahun duduk di matrikulasi. Sering juga dia berikan tips mengenai cara hidup di universiti ini. Kalau tak survive betul-betul, mau hanyut kat tengah jalan. Kawasan bandar lah katakan. Banyak sangat masa terluang dihabiskan di pusat membeli-belah setiap hujung minggu. Bahaya kalau tak dijaga ni.
“ Saya memang terkejut bila dia kata dia suka saya. Saya tak tahu apa yang dia pandang. Saya ni dah la tak cantik. Jerawat bukan main banyak lagi. Lagipun dia baik, kak. AJK masjid.”
Heh. AJK masjid.
“ Siapa kata awak tak cantik ? Awak perlukan hati yang baik untuk kekal cantik macam ni. Akak tahu dia nampak awak tolong angkatkan barang makcik kafe tu semalam,” Memang sungguh junior dia ni baik. Pantang ada orang susah. Mesti dia tolong. Walaupun juniornya itu tidak termasuk dalam golongan yang boleh buat lelaki menoleh dua,tiga kali kalau berjalan, baginya kesederhanaan yang ada lebih menarik dari fizikalnya itu.
“Sebenarnya , kami dah mula rapat kak. Dia selalu mesej saya. Bagi nasihat. Hari tu saya pakai baju yang warnanya terang. Balik bilik saya terus dapat mesej dari dia. Katanya bila saya pakai baju tu, dia pandang dua kali sebab menyerlah. Dia minta saya supaya jangan pakai baju tu lagi.”
Amboi……pandai betul budak tu ambik hati. Rasanya aku kena tekankan lagi soal pandangan next meeting. ” Akak paham awak tengah dilamun ombak rindu. Tapi ombak tu boleh melukakan kalau menghempas pantai tau.”
“Haha. Amende akak ni. Saya tak faham bahasa puisi akak lah. Akak baru baca buku fixie ke.?”
Meletus lagi ketawa kecil di bilik itu. Hai lah adikku.
“ Mana ada, akak ada satu je buku tu. Itupun tertinggal kat rumah. Kalau akak cerita kan satu kisah, mungkin awk paham.”
Tegak badan junior itu tanda bersedia dengan cerita nya. Satu anggukan kecil diberikan sebelum dia memulakan kisah. “Dulu, adalah student ni. Kes dia sama je, dia tak lawa mana. Garang pulak tu ,cuma bezanya dia dah kenal lelaki tu sejak sekolah. And lelaki tu memang baik. Cuma tak sebaik awak punya lah. Tapi dia memang hormat perempuan tu. Tak dating berdua. Tak pernah pegang tangan. Tak ada langsung yang tahu mereka bercinta sebab diorang memang tak tunjukkan kat sesiapa dan mereka bahagia. Sangat bahagia. Lelaki ni banyak tolong dia waktu dia sekolah. Waktu malam kalau dia nak stay up study, lelaki ni mesti mesej dia. Supaya dia tak mengantuk. And kadang-kadang kalau larut sangat. Lelaki ni mesti suruh dia solat hajat sebelum tidur.
“Sweet nye kak. Lepastu ?”
“Sampai lah yang perempuan ni sambung matrik. Then diorang clash. ”
“Apa? Kenapa clash? Ada orang lain ke? Siapa minta clash?”
“Perempuan tu minta. Sebab dia dah ada yang lain.”
“Serius ? Kawan matrik dia ke?”
“Tak. Allah.”
Telan air liur.” Maksud akak?”
“Maksud akak. Hati ini Allah yang pegang. Dan kita sendiri tak tahu kalau nanti Allah balikkan hati kita ni. Itu nasib baik Allah twist hati dia balik. Kalau Allah twist hati dia kat lelaki lain ? Tak ke lagi parah.?”
“Tapi kak. Salah ke buat semua tu? Maksud saya bercinta, mencintai, dicintai. Saya tak nampak mana silap mereka.”
Kau terlalu naif adikku.” Awak boleh jamin, yang mereka boleh kekal sampai mereka kahwin? Sampai mereka meninggal?”
Keluhan berat kedengaran sebagai tanda jawapan yang boleh diteka, membuatkan dia menyambung kembali ceritanya.
“Dan kalau perempuan itu berkahwin dengan orang lain. Adakah suami dia suka kalau dia tahu yang perempuan itu pernah berikan kasih sayang kepada lelaki lain? Dan kalau awak kat tempat lelaki itu, awak suka tak kalau tahu yang panggilan ‘sayang’ tu pernah ditujukan untuk lelaki lain?”
“Saya dah faham maksud akak. Tapi kak, saya tak pernah rasa macam ni. Dia sangat baik. Dan saya bukannya cantik,” menunduk kerana menahan air mata. Selama ini juniornya itu sering cemburu melihat rakam-rakannya yang lain berkasih sayang . Mereka kelihatan sungguh bahagia, punya teman makan, teman shopping, teman tengok wayang.
Dia mengerti perasaan juniornya itu yang keliru dengan hakikat yang mungkin lebih menakutkan.” Cerita akak belum habis lah. Awak jangan sedih sangat.”
Senyuman nipis diberikan supaya sang pencerita menamatkan kisah nya. “Apa jadi kat lelaki tu? Dia cari lain ke? “
“ Tak, dia tunggu. Sampai empat tahun dia tunggu. Tanpa dia pandang perempuan lain yang minat kat dia. Dia tetap tunggu. Dan bagi akak, itu setia. Jadi awak jangan risau kalau tak ada lelaki yang nak kat awak nanti. Awak kena mahalkan diri. Nak jadi cantik tu senang dan murah. Tapi untuk punya hati yang baik, awak perlukan bertahun-tahun dan kesabaran yang bukan sedikit. Berbaloi awak ketepikan dulu perasaan tu dan fokus pada yang perlu. Kalau dia betul terpikat dengan hati awak, akak rasa tak ada masalah dia nak tunggu. Dan kalau awak nak tahu, orang tak cantik macam kitalah yang paling beruntung,”
Kerut didahi juniornya makin berlapis. “Kenapa kak?”
“Sebab kita dicintai orang-orang yang setia sahaja.” Pendek. Tapi jawapan itu membawa makna yang mendalam bagi siswi muda itu.
“Terima kasih kak, akak ajar saya makna sebenar perkataan setia.”
“Pencinta yang setia itu tetap Allah. Dia sentiasa ada bersama. Kalau awak rasa gusar, takut atau tak yakin, seru nama Dia berulang kali. Insyaallah segalanya akan dipermudahkan.”
“Baik kak,terima kasih banyak-banyak,” Ucapan berbalut lekukkan ikhlas dibibir itu memberi petanda satu lagi hati berjaya diselamatkan. Perginya junior itu bersama doa , agar dilindungi Allah dari bisikan halus yang sering menarik manusia ke arah simpang yang berduri.
Beep! Beep ! Mesej baru masuk minta dibuka.
“Assalamualaikum, esok ayah confirm ada kat rumah.?”
Dengan lafaz bismillah dan selawat. Tangan nya bergetar kecil membalas pesanan. “Ada, dia pesan datang lepas zohor.”
“Baiklah, you won’t dissapoint me right?”
“If and only if you come tomorrow, assalamualaikum”
“Waalaikumsalam.”
Kemudian, dicarinya nombor telefon walinya untuk memberikan jawapan yang dicari setelah seminggu beristikharah. “Assalamualaikum pa, esok rombongan datang lepas zohor. Hari tu dah buat istikharah. Positive. Tapi orang setuju je apa pun keputusan papa.”. Setelah dipastikan mesejnya itu tidak kelihatan terlampau teruja, dengan bismillah dan selawat juga, dia menghantar pesanan yang ditunggu bapanya.
Debar dihati makin menggila. Terus dia maju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. ” Sabar lah hati oii, awat kuat sangat debarnya ni.”
Solat sunat dua rakaat dilakukan. Memohon kelancaran tanpa sekatan dari Sang Penulis kisah diri. “Okay, papa da bincang dengan mama, kalau mereka setuju, cuti sem ni terus nikah. Malam ni tidur lena ye. Jangan dimimpi kan cik abang tu. Belum halal. Hehe
Well..it is actually ALMOST my true story, except that we married after I graduated last year..














