Ramadan hari pertama agak syahdu melayani fikiran yang entah apa apa dalam kepala. Tambah lagi dengan jasad yang taknak beri kerjasama. Semuanya serba tak kena. Tahun lepas ada Sappy temankan, ada auntie Mel siapkan makanan dan ada Sadiqah sama sama baca alQuran. Saya fikir kali ini saya puasa berseorangan. Tapi rupanya itu cuma sangka buruk saya pada Tuhan. Moga Allah ampunkan.
Tahun ini sebenarnya saya tak meraikan ramadan seorang diri. Ada teman-teman serumah yang selalu peduli, macam Adila. Mereka ketuk pintu kejutkan saya bangun sahur dan berikan saya buah kurma, ajak mengaji, buat lain lain aktiviti siang hari, tanya nak makan apa untuk berbuka puasa dan mereka juga pelawa saya solat tarawih berjemaah.
Salah saya yang tak bersyukur dan tak sedar semua nikmat yang Tuhan beri. Saya minta maaf saya tolak pelawaan mereka.


















