Flip-Flap-Flat Pilih untuk membeli minuman kegemaran anda dalam karton, pilihan rendah karbon. Kemudian ikuti panduan infografik tersebut untuk memulakan kitar semula karton minuman terpakai anda hari ini! Rujuk rajah "How can you help?" Kitar semula karton adalah mudah! Keseluruhan pek karton Tetra Pak, termasuk straw atau penutup boleh dikitar semula. Hanya tekan straw kembali ke dalam pek atau pasang semula penutup pada pek karton selepas minum, kemudian Flip-Flap-Flat karton sebelum menghantarnya untuk dikitar semula. Ini membantu mengurangkan jumlah ruang karton kosong yang diambil dan menjadikan pengangkutan lebih cekap. Kitar semula memberikan karton minuman kehidupan baru, tetapi adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana? Rujuk rajah "The recycling journey" Sebagai alternatif, jadikan sampah anda menjadi khazanah dengan menggunakan semula atau menukar karton minuman terpakai anda menjadi objek berguna dalam kehidupan seharian. Gunakan karton lama sebagai tong mini di dapur untuk sisa sayur-sayuran dan kemudian tambahkannya ke kompos anda. Atau gunakan karton anda untuk menanam anak benih di kebun anda. @wwfmy @tkcwwfmy #teamkedahcakna #ulumuda #task4 #tetrapak #flipflapflat https://www.instagram.com/p/CVf0mjKBud5/?utm_medium=tumblr














