Andai kau ingin memilih teman, janganlah kerana kelebihannya. Kerana mungkin dengan suatu kelemahan, kau akan menjauhinya. . Andai kau ingin mencari teman, janganlah kerana kebaikannya. Kerana mungkin dengan suatu keburukan, kau akan membencinya. . Andai kau ingin berteman janganlah kerana ilmunya. Kerana kelak apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya. . Andai kau inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya. Kerana andai dia tidak pandai menggembirakan, kau mungkin akan menyalahkannya. . Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. . Jangan diharapkan dia sempurna, kerana kau juga tidak pernah sempurna. Kerana sempurna itu milik Allah dan bukan milik kita. . Maka, bersahabatlah kerana Allah. . Bahawa Allah mempertemukan setiap insan bukan tanpa alasan. . Allah memberikan cubaan bukan tanpa tujuan. . Dan Allah menitipkan perasaan bukan tanpa tentangan. . Terkadang, kita selalu berharap orang yang buat kita kuat itu selalu ada bersama disisi. Walhal, dia sebenar juga tidak mampu. . Dan yang selalu kita terlupa, mungkin yang buat kita kuat itu, doanya. Bukan kehadirannya bersama kita. . Sedang kita juga lupa, sesetengah orang cuma akan hadir sebagai lembaran kenangan, bukan sebagai pelengkap cerita kehidupan. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #muhasabahiman #ikutcarakita #fatehteam #pesanpadahati #thedaiegraphy #kebaikan #peringatan #peringatanbersama #cahayaislam #sahabat #sahabatislam #sahabatdakwah #ukhuwwah















