Ini CERITA HOBI ORANG ‘HAVE-HAVE’ 😎 Kononnya! 😝 .: • Uniknya hobi Dayu ini akan membuatkan ruangan dinding dan sudut menjadi cantik dan indah dipandang. Hobi Dayu yang paling menarik ini adalah mengumpul koleksi seni visual. .: • Mungkin kebanyakan orang akan melabelkan pengumpul seni adalah orang have-have (kaya raya). Namun, pada hakikatnya sesiapa sahaja boleh jadi pengumpul barangan seni. .: • Dayu memang pantang kalau nampak hasil seni yang indah. Dari mata turun ke hati ❤️ dan bila hati dah tertawan, terus nak grab untuk memilikinya. Walaupun boleh menghasilkan karya itu sendiri tapi Dayu lebih suka membeli dan mendapatkannya sendiri daripada si pengkarya. .: • Ini sebenarnya adalah tanda sokongan dan penghargaan serta menunjukkan minat Dayu terhadap karya yang dihasilkan oleh seseorang artis itu sendiri. Beberapa kriteria utama karya tersebut menjadi pilihan Dayu adalah dari segi corak, warna, media dan juga harga. .: • Namun, ramai yang tidak menyedari aktiviti mengumpul bahan seni itu sebenarnya satu hobi yang menguntungkan dan boleh diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. .: • Apatah lagi nilai koleksi seperti ini akan terus meningkat seiring dengan peningkatan usianya terutama apabila membabitkan karya seni daripada seniman-seniman ternama. .: • Justeru persepsi sesetengah individu yang menganggap hobi mengumpul karya seni sebagai membazir dan tidak bermanfaat, adalah tidak relevan. Tunggulah dalam beberapa puluh tahun lagi, Dayu akan lelong atau gadaikan hasil koleksi yang ada ini sekiranya perlu. Heheheheehe.. 😁 .: • P/s: Alhamdullilah, Dayu baru sahaja menambah koleksi seni visual Dayu dengan hasil karya daripada seorang henna artis lelaki yang tersohor; Mr. @jotahamzah dan beliau merupakan pasangan kepada Sis @irisshahenna. Teruja sangat bila singgah ke booth henna di Toppen bersama suami, terus Bro Jota hulurkan karya yang Dayu dah booking awal2 di ruangan komen. Terima kasih banyak2 Bro Jota dan Sis Sharifah di atas pemberian karya seni yang indah ini. Dayu amat menghargainya... .: • #sayajualseni #hennaartwork #hennadrawing #hennadoodles #hennacraft #hennadoodles #conteng #scribbledoodle #DayuDesigns #doodleart #artcollector (at Toppen Shopping Centre) https://www.instagram.com/p/B5iNb6Fg1qb/?igshid=2p1mtqn9s8jl

















